berita

‘Raya Dalam Lokap Bro!’ – Telefon Bimbit Terjatuh Ketika Menyamun, Polis Cari Dua Lelaki Ini

August 10th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, banyak isu viral berkaitan dengan rider GrabFood dan juga Food Panda yang sering mendapat perhatian netizen di media sosial.

Namun, nasib malang telah menimpa rider Grabfood ini apabila motosikal y15zr yang dinaikinya hampir dilarikan oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali ketika dalam perjalanan menghantar makanan di kawasan tersebut.
 

Bergelut dengan penyamun

Menerusi perkongsian video berdurasi 01.37 saat yang dimuat naik di akaun twitter milik @tsgxy_ , seorang rider Grab Food dilihat diserang oleh dua orang lelaki bermotosikal di kawasan Phileo Damansara.

Perbuatan yang dirakam kamera litar tertutup ini telah mendapat tontonan sebanyak 461k dan hampir 20.2k retweet oleh pengguna twitter sejak ianya dimuat naikkan pada jam 5.52pm petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din menerusi laporan Harian Metro, kepala mangsa dipukul menggunakan besi pengunci motosikal menyebabkan mangsa bergelut untuk menyelamatkan dirinya.

Telefon tercicir…

Beberapa jam kemudian wajah penyamun tersebut tersebar di media sosial kerana telefon bimbit miliknya terjatuh ketika bergelut dengan mangsa.

Seorang daripada suspek terbabit kemudiannya meminta mangsa turun daripada motosikalnya sambil mendakwanya adalah motosikal miliknya yang dicuri dan ingin mengambilnya.

Seorang lagi suspek datang dari arah belakang mangsa dan terus memukul kepalanya menggunakan besi pengunci motosikal menyebabkan mangsa bergelut untuk menyelamatkan diri.

Komen netizen…

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan kagum dengan kesungguhan dan keberanian rider tersebut untuk mempertahankan motornya daripada dilarikan.

Hmm…kepada anda semua diluar sana berhati-hati tak kira dimana anda berada. Ingat! tingkah laku anda diperhatikan.

Sumber: Twitter @Tsgxy_, Harian Metro

SKIP THIS AD ×