berita

Raya Norma Baharu Bersama Huawei Y6p – Skrin, Bateri Dan Gaya Besar, Hanya RM559!

June 5th, 2020 | by Azyan
Kini Trending

Walaupun Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini diraikan dalam keadaan norma baharu seperti tidak dapat pulang ke kampung, tiada kunjung-mengunjungi, tiada rumah terbuka dan tak lupa juga yang beraya berseorangan, rakyat Malaysia tetap meraikan Aidilfitri dengan gembira!

PKPB tidak menghalang rakyat Malaysia untuk membuat persiapan lebaran untuk menaikkan semangat mereka. Yelah, raya kan setahun sekali? Ada yang beli sofa, ada yang beli TV baru dan ramai juga yang beli handphone baru!

Haa.. Cakap pasal handphone, tahu tak korang boleh dapatkan smartphone yang mempunyai ciri-ciri terbaharu tapi dengan harga hanya RM559?

Padankan baju raya korang dengan HUAWEI Y6p

Selain baju raya yang onz, penting jugak untuk korang ada aksesori yang cantik seperti smarphones baru untuk digayakan sepanjang Syawal ni. Sebab tu HUAWEI Y6p antara pilihan yang tepat!

Ia datang dalam 3 warna yang boleh dipilih untuk dipadankan dengan baju raya korang. Bolehlah matchy-machy! Antara warna yang ada ialah Phantom PurpleEmerald Green dan Midnight Black. Rare habis!

Skrin besar, memang puaslah bila video call dengan tersayang

Walaupun jauh dari keluarga dan sanak saudara, terima kasih kepada skrin sebesar 6.3 inci dan resolusi 1600×720 HUAWEI Y6p, korang confirm puas hati bila video call dengan ibu bapa. Nak bersyahdu minta maaf ketika pagi raya pun mudah. Semua orang masuk frame, takde yang tak nampak!

Baterinya yang tahan lama juga sangat-sangat membantu! Yelah, korang bukan nak call sorang je. Adik-beradik, pakcik, makcik, atuk, nenek, semualah nak call! Dengan bateri yang berkapasiti sehingga 5000mAh ni sure buat korang cakap berjam-jam!

Rakam memori di hari raya. Tak dapat balik, tengok gambar & video pun dah cukup!

Antara perkara yang lain yang penting ketika hari raya ialah gambar! Memori ketika hari raya sememangnya tidak boleh ditukar ganti dengan hari-hari lain.

HUAWEI Y6p dilengkapi dengan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP. Memang takde masalah untuk korang rakam momen-momen di hari lebaran. Yang penting, jangan lupa kongsikan gambar-gambar korang tu dengan keluarga.

Dengan storage sebesar 64GB, korang bukan saja boleh rakam memori raya dan OOTD, tapi boleh juga simpan OOTD dan video-video dari saudara-mara korang tau. Korang juga boleh simpan video memasak yang mak korang send. Senanglah nanti bila masak makanan raya sendiri!

 

Yang lagi best, korang yang beli HUAWEI Y6p boleh dapat 15GB cloud storage secara PERCUMA selama 12 bulan! Syoknyaaa! Boleh la save semua video yang korang dapat. Bila rindu, boleh tengok balik!

Walaupun tak jumpa, duit raya tetap kena bagi. Sekarangkan zaman cashless!

Dengan adanya kemudahan teknologi terkini, duit raya kini boleh diberi tanpa tunai! Setiap peranti HUAWEI termasuklah model baharu, HUAWEI Y6p dilengkapi dengan AppGallery!

AppGallery menawarkan beratus aplikasi terkini yang memberi kemudahan kepada penggunanya tau! Antara aplikasi popular yang ada dalam AppGallery adalah Maybank2u, Touch n’ Go eWallet, dan Boost.

Alhamdullilah, syukur masih boleh hantar dan terima duit raya ketika PKPB ni!

Tak boleh beraya takpe, korang boleh tonton filem bersama di rumah

Alang-alang tak boleh beraya, apa kata korang tengok movie ataupun drama dengan dengan phone baru berskrin besar ni. Lagi best, pengguna HUAWEI Y6p juga ditawarkan pass Viu Premium secara percuma untuk 2 bulan!

Caranya sangat mudah! Pengguna hanya perlu muat turun aplikasi Member Center di AppGallery. Kod percuma boleh didapati di aplikasi Member Center!

Dengan adanya Viu Premium, korang dapat menonton pelbagai filem dan drama popular tanpa iklan pulak tu! Selain tu, korang juga dapat menikmati filem eksklusif khas untuk pelanggan Viu Premium.

Jadi, korang jangan lepaskan peluang untuk dapatkan HUAWEI Y6p di kedai rasmi HUAWEI secara atas talian atau di kedai fizikal!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi di SINI dan Facebook HUAWEI Malaysia!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×