
Pelakon Puteri Aishah, tidak dapat menahan rasa sebak apabila terpaksa berjauhan semula dengan adiknya yang telah tamat cuti perayaan Aidilfitri baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Puteri Aishah Tak Buat Persiapan Raya, Masih Sedih Pemergian Arwah Ibu
Artikel Berkaitan: Puteri Aishah, Pengarah & Kru Produksi Positif Covid-19 Selepas Pulang Dari Penggambaran Di Scotland
Puteri Aishah sebak
Menerusi hantaran di aplikasi Threads, Puteri Aishah memaklumkan bahawa punca utama kesedihan itu adalah kerana ini merupakan tahun pertama mereka menyambut lebaran tanpa kehadiran ibu tercinta.
Saya menangis masa adik saya nak balik. Dia dah habis cuti dan dapat raya sekejap saja dengan dia.
Rasa emosi sebab ini kali pertama kami raya tanpa mama. Selalunya adik saya balik, saya tak adalah emosi sangat tetapi tahun ini sedih sangat.
Dalam pada itu, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim ini turut menitipkan doa agar adik perempuannya itu segera dipertemukan jodoh yang baik agar dapat menjaga serta menemaninya.
Saya sangat berharap adik saya cepat bertemu jodoh supaya saya tidaklah terlalu sedih memikirkan dia selalu bersendirian.
Sebelum ini, Puteri Aishah memaklumkan ibunya telah meninggal dunia pada 25 Januari lalu, selepas lebih 10 tahun berjuang menentang kanser rahim yang akhirnya merebak ke hati.
Harap adik bertemu jodoh
Sumber: Threads Puteri Aishah