berita

Raya Sakan! Lampu ‘Lip-Lap’ Penuh Depan Rumah Macam Dekat i-City

April 8th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, pelbagai persiapan bakal dilakukan oleh seluruh umat Islam bagi merayakan hari kemenangan itu nanti. Selain membeli baju raya dan menyediakan kuih raya, ada yang mengambil kesempatan menghias rumah dengan memasang pelita dan lampu hiasan.

Macam dekat i-City

Mungkin terlalu teruja dengan sambutan hari raya pada tahun ini, pasangan suami isteri menghiasi pekarangan rumah mereka dengan lampu hiasan (lampu lip-lap) yang begitu banyak. Lebih menarik, lampu berkenaan dihias dalam pelbagai bentuk antaranya basikal, perahu, kereta, kapal terbang dan banyak lagi.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, pemilik akaun itu turut menyamakan hiasan lampu tersebut sepert di I-City, Shah Alam.

Guna solar je sis. Charge waktu siang kena matahari malam nanti dia dok kelip sendiri.

Mak saya kata ada je orang datang bergambar, orang luar pun pelik kot meriah sangat.

Menurut pemilik video, lampu hiasan tersebut dipasang sendiri oleh ibu bapanya ketika menghias rumah itu. Tambahnya lagi, lampu hiasan tersebut tidak menggunakan tenaga elektrik tetapi hanya menggunakan tenaga solar sahaja untuk dihidupkan.

Video penuh

@ibusafaaa_ lampu kelip kelip kat rumah sendiri je gigih mak pak aku hias ni . #fyp? ? Angel Baby – Jolyon Petch Remix – Troye Sivan

Cantiknya..kreatif betul

Di ruangan komen, ramai yang menyatakan mereka berminat mahu melakukan hiasan yang sama untuk menyambut hari raya yang akan menjelang nanti.

Sumber: ibusafaaa_

SKIP THIS AD ×