

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai dakwaan pembaca berita Nightline, Raymond Goh atau nama Islamnya, Mohd Zaman Goh sudah meninggal dunia.
Raymond masih dirawat di hospital

Menerusi kenyataan rasmi daripada keluarga dan isteri Raymod Goh iaitu Faridah Teh memaklumkan bahawa berita tersebut sama sekali tidak benar. Menjelaskan perkara itu, Raymond kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya.
Kami faham ramai yang terkejut dan bimbang selepas mendengar khabar angin tersebut. Oleh itu, tolong abaikan mana-mana sumber yang menyebarkan maklumat tidak benar.
Pihak keluarga juga memohon agar orang ramai memadam dan tidak berkongsi sebarang gambar atau berita palsu yang melibatkan kematian Raymond.
Kami akan memberitahu dari semasa ke semasa mengenai keadaan terkini Raymond menerusi kenyataan rasmi.
Dalam kesempatan itu, pihak keluarga meluahkan rasa syukur atas sokongan dan berharap agar orang ramai terus mendoakan kesembuhan Raymond.
Terdahulu, penyampai berita itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar dan kini sedang menerima rawatan selepas dimasukkan ke hospital di Petaling Jaya pada 30 Ogos lalu.





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)