Seorang wanita yang dikenali sebagai Anne dipercayai mengalami kerugian sebanyak 850,000 USD (RM 3,872,550) selepas ditipu seorang lelaki yang menyamar sebagai pelakon Hollywood terkenal, Brad Pitt.
Artikel Berkaitan: Warga Emas Umur 76 Tahun Ditipu Bakal Isteri Sebanyak RM37,066
Kena ‘scam’ dengan ‘Brad Pitt’
Menerusi ciapan yang dibuat @TheOscarRace di aplikasi X, wanita yang berasal dari Perancis itu dilaporkan menerima hantaran mesej daripada ‘Brad Pitt’ yang mahu berkenalan dengannya di Instagram (IG).
Apa yang membuatkan wanita itu yakin ialah, lelaki tersebut sentiasa menghantar gambar Artificial Intelligence (AI) berwajahkan Brad Pitt yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.
‘Scammer’ tersebut DM Anne di IG yang meyakinkannya dengan video yang dijana AI dan juga gambar yang telah disunting.
Anne bertambah percaya apabila ‘scammer’ tersebut mendakwa akaun banknya telah dibekukan selepas bercerai dengan Angelina Jolie dan dia memerlukan wang untuk pembedahan buah pinggang.
Lebih parah, wanita itu difahamkan sanggup berpisah dengan suaminya kerana berasakan dia akan mengahwini pelakon yang terkenal menerusi filem ‘World War Z’ tersebut.
Namun begitu, Anne akhirnya sedar bahawa semua itu merupakan tipu helah selepas berita mengenai percintaan hangat Brad Pitt bersama teman wanitanya iaitu Ines de Ramon mula tersebar.
Aplikasi X
A woman in France was scammed out of €830,000 after believing she was in a relationship with Brad Pitt.
These are the photos she received, allegedly from Brad Pitt, that convinced her. pic.twitter.com/DHZklWbUDj
— The Oscar Race (@TheOscarRace) January 13, 2025
Sumber: BBC, Aplikasi X