berita

‘Real Gila Weh Dorang Fight!’ – Ini 5 Sebab Korang Wajib Tengok Filem Sangkar!

August 28th, 2019 | by Amat Larbsib
Shout Out!

‘Luar biasa! Lain dari yang lain’ itu first impression kami setelah selesai menonton filem berkonsepkan MMA pertama di Malaysia. Filem Sangkar arahan Khabir Bhatia bukan filem Melayu yang cliche kerana filem ini mengabungkan juga beberapa nilai kemanusiaan termasuk kekeluargaan, kerohanian dan persahabatan.

Sangkar harus diberi pujian kerana hasilnya memuaskan termasuk lakonan berkualiti dari barisan pelakon yang sangat ‘real’ dan penuh aksi maskulin. Jadi, kami kongsikan kepada anda lima sebab kenapa penonton WAJIB serbu pawagam untuk menyaksikan aksi yang mendebarkan.

1. Gabungan 2 hero Malaya

Rata-rata antara kita akan ambil tahu mengenai nama barisan pelakon yang membintangi filem. Tak dinafikan lagi lakonan dari barisan pelakon dalam filem ini memang gempak termasuk 2 hero Malaya, Remy Ishak dan Zul Ariffin (Adam). Dari sudut mata kami, lakonan antara Remy Ishak dan Zul Ariffin nampak ada chemistry dan bersahaja. Tidak ada langsung kelihatan kekok dari 2 hero Malaya ini.

Filem ini turut dibantu Mira Filzah dan adik Nik Adam sebagai adik kepada Johan (lakonan Remy Ishak). Pembawaan emosi watak Lea yang dipegang oleh Mira Filzah memang dapat dirasai.

2. Cuci mata tengok hero sado

Fuhhhhh! Bak kata orang, pecah ovari! Inilah apa yang korang akan rasa apabila menonton filem Sangkar. Seperti biasa, Zul Ariffin tidak ketinggalan untuk ‘tayang body’ yang sado tu akan membuatkan biji mata anda tidak lepas untuk melihat badan sado Zul Ariffin dan Remy Ishak.

Tak cukup dengan 2 hero Malaya ini, ada lagi pelakon lelaki berbadan tegap membintangi Sangkar termasuk Fadlan Hazim, Aman Graseka, Carliff Carleel, Peter Hugh Davis dan ramai lagi atlet peninju profesional MMA.

3. Editing memang gempak

Fast editing yang begitu ‘sharp’ dan laju membuatkan korang terpegun seketika. Penyuntingan dalam Sangkar sangat sesuai dengan genre aksi yang diketengahkan dalam filem ini. Kami lebih suka melihat teknik suntingan termasuk sound yang dilihat begitu ‘clean’ dan ‘clear’. Boleh dikatakan pembukaan naratif bagi filem ini juga lain dari yang lain.

Secara teknikalnya, dari aspek sinematografi dan shot dipaparkan sangat kemas serta tersusun. Dilihat mempunyai kesinambungan yang sangat synchronise dengan babak berikutnya. Penyuntingan visual beserta audio juga hampir sempurna dalam mengikut rentak dan beat.

4. Naratif yang segar

Tidak keterlaluan kalau kami katakan filem ini sememangnya mempunyai naratif yang segar kerana konsep jalan ceritanya yang pertama di Malaysia mempunyai konsep MMA. Filem ini tidaklah memberi fokus kepada dunia peninju, namun lebih kepada penceritaan bagaimana seorang manusia kembali kepada pencipta hanya kerana satu insiden. Buat penonton filem Melayu yang sering kecewa melihat jalan cerita mendatar, inilah masanya untuk ubah perspektif korang!

5. Mira Filzah pelengkap filem

Kami pasti dengan jumlah pengikut yang ramai, Mira Filzah antara pilihan bijak pengarah mengatur strategi untuk melengkapkan filem ini menjadi sebuah filem lebih menarik. Jalan ceritanya tidak tertumpu kepada percintaan, namun lebih kepada kasih sayang sebuah keluarga yang sanggup berkorban demi insan tersayang.

Kenapa kami katakan Mira Filzah pelengkap filem ini? Korang haruslah menonton sendiri bagaimana Mira Filzah yang masih baru di layar perak, namun berjaya berdiri sebaris bersama bintang-bintang yang hebat.

Jumpa di pawagam!

Kami yakin filem Sangkar akan menjadi filem favourite anda untuk tahun ini. Penuh dengan aksi yang tidak pernah anda sangkakan. Jadi, jangan lupa serbu Sangkar di pawagam berhampiran anda pada 29 Ogos 2019 tahun ini ye! Jom kita support produk filem keluaran industri kita.