berita

Rebut Peluang Menang Hadiah Daripada RM2 Juta Hanya Dengan Beli Rumah Bersama Mah Sing!

October 16th, 2019 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Tahun 2019 dah menghampiri ke penghujungnya. Bagi korang yang masih belum memiliki rumah sendiri atau sedang berkira-kira nak tambah aset baru, kami rasa inilah masa yang paling sesuai.

Sebenarnya tahun ni banyak promosi dan tawaran best yang korang patut rebut. Tambahan pulak, bila dah nak hujung tahun ni. Ada je berita gembira yang bikin rakyat Malaysia excited. Jom kita tengok apa yang best.

Kempen Pemilikan Rumah dilanjutkan!

Kalau korang nak tahu, Kempen Pemilikan Rumah atau Home Ownership Campaign (HOC) merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia membeli kediaman idaman dengan harga mampu milik.

Dilancarkan pada Januari 2019, program ini menyediakan pelbagai insentif kewangan yang akan buatkan urusan pemilikan rumah korang jadi lebih mudah dan jimat.

Ini antara manfaat yang korang dapat enjoy daripada HOC:

  • Pengecualian duti setem penuh sehingga RM1 juta
  • Pengecualian duti setem separa sehingga RM2.5 juta
  • Pengecualian duti setem selanjutnya ke atas Perjanjian Pinjaman
  • 10% diskaun rumah pada harga pembelian hartanah yang disenaraikan di bawah skim ini

Kempen ni sepatutnya berakhir pada 30 Jun 2019 haritu tau. Tapi, memandangkan ia mendapat sambutan menggalakkan, ia dilanjutkan sehingga hujung tahun iaitu 31 Disember 2019. So, takkan korang nak biar melepas macam tu je kan.

Bawa kenalan pun ada ganjaran wei!

Kalau sebut pasal rumah idaman, berita gembira yang biasanya bikin kami excited mestilah daripada Mah Sing. Tahun ni, mereka sekali lagi melancarkan kempen Refer n Reward.

Melalui kempen ni, korang berpeluang menerima ganjaran bernilai sehingga RM60,000 apabila membawa kawan atau keluarga korang untuk membeli pilihan rumah siap Mah Sing di seluruh negara.

Jangan risau, bab urusan jual beli rumah sebab pihak Mah Sing yang akan bantu mereka nanti. Paling penting sekarang ni, kalau ada member korang tengah berminat nak beli rumah tu, cepat-cepat cadangkan Mah Sing.

Berpeluang menang hadiah daripada RM2 juta!

Kan kami dah cakap, Mah Sing tak pernah mengecewakan. Tak cukup dengan kempen Refer n Reward, Mah Sing juga mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk sertai kempen Final Countdown Lock & Win sempena sambutan ulang tahun ke-25.

Melalui kempen ini, korang sebenarnya berpeluang menang hadiah daripada RM2 juta jika berjaya menempah hartanah masing-masing dalam tempoh sehingga 31 Disember 2019.

Ini antara hadiah yang wajib korang rebut:

  • Hadiah Utama: RM50,000 tunai
  • 1st Runner Up: RM8,000 tunai
  • 2nd Runner Up: RM5,000 tunai
  • Hadiah Saguhati: Baucar hotel

Jom tengok rumah idaman korang!

Korang jangan risau pasal lokasi kediaman sebab Mah Sing memang ada banyak giler pilihan rumah yang memang bikin hati korang senang. Ini antara projek perumahan Mah Sing yang baharu dan menariknya ada promosi istimewa tau!

M Oscar

Impian untuk miliki rumah di pinggir bandar Kuala Lumpur bukan lagi angan-angan. Terletak di Kuchai Lama, bersebelahan Happy Garden dan Sri Petaling, kediaman ini sememangnya sangat strategik. Harga ditawarkan bermula dari RM428,000.

M Arisa

Kediaman servis ini dilengkapi multi-level Sky Garden dan ia menawarkan kemudahan seperti perkhidmatan ulang-alik ke stesen KTM dan LRT. Harga ditawarkan bermula dari RM299,000 tau. Memang mampu milik!

Atau… korang boleh pilih yang ini!

Sementara itu, ini pula antara pilihan rumah siap yang korang wajib rebut di seluruh Malaysia. Ingat tau, korang kena cepat sebelum kempen Final Countdown Lock & Win tamat!

WILAYAH TENGAH

Southville City, KL South
M Centura, Kuala Lumpur
M Vertica, Kuala Lumpur
M Aruna, Rawang

WILAYAH UTARA

Ferringhi Residences 2, Batu Feringghi, Penang
M Vista, Bayan Lepas, Penang
Legenda, Bayan Lepas, Penang

WILAYAH SELATAN

Meridin Medini, Iskandar Malaysia
Meridin Bayvue, Iskandar Malaysia
Meridin East, Iskandar Malaysia
i-Parc, Iskandar Malaysia

Mah Sing janjikan penutup 2019 yang terbaik untuk rakyat Malaysia!

Nak beli rumah sebenarnya tak semudah yang disangka. Banyak persediaan perlu dibuat. Sebab itulah, kami sarankan korang take advantage daripada kempen-kempen yang admin list dekat atas tadi.

Sekurang-kurangnya korang dapat banyak keuntungan dan boleh jimat berlipat kali ganda. Apa pun, kalau korang nak tahu lebih banyak info tentang projek perumahan Mah Sing serta promosi yang ditawarkan, layari je laman sesawang Mah Sing sekarang!

SKIP THIS AD ×