berita

Rebut Peluang Untuk Menang Samsung Galaxy Z Flip3, Sharp UHD TV 65 Inci dan Banyak Lagi Dengan Senheng!

September 2nd, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

32 tahun berada dipasaran negara, Senheng merupakan tempat terbaik kalau nak dapatkan peralatan elektrik berkualiti tinggi dan original. Dekat Senheng, semuanya ada bermula daripada sekecil-kecil peralatan elektrik seperti periuk nasi, pengisar makanan sehinggalah ke perkakasan elektrik yang bersaiz besar seperti mesin basuh, peti ais, TV dan banyak lagi.

Boleh dikatakan Senheng merupakan pusat sehenti pilihan masyarakat Malaysia untuk mendapatkan peralatan elektrik pada musim perayaan, nak pindah rumah, ganti peralatan elektrik yang dah rosak dan banyak lagilah!

Meriahnya sambutan Ulang Tahun ke-32 Senheng!

Sempena sambutan ulang tahun yang ke-32, Senheng ada pelbagai hadiah menarik yang nak diberikan kepada korang, termasuklah 10 buah telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip3 5G, 6 buah Sharp 65″ Smart UHD TV, baucar tunai bernilai sehingga RM 10 juta, cashback S-Coin sehingga 70% dan banyak lagi.

Ye betul, semuanya dari Senheng untuk korang sebagai tanda penghargaan diatas sokongan yang korang berikan kepada mereka selama ini.

Nak tahu bagaimana korang berpeluang dapatkan hadiah-hadiah menarik tersebut? Jom kami kongsikan!

Kempen Super App & Super Reward tawar pelbagai hadiah menarik!

 

Baru-baru ini, Senheng telah melancarkan Kempen Super App & Super Reward dimana, melalui kempen ini korang berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang menarik seperti diatas. Berikut ialah butiran promosi dan cara untuk korang menang hadiah-hadiah berikut:

Nikmati cashback S-Coin Sehingga 70% untuk lebih 100 produk terpilih!

Melalui Kempen Super App & Super Reward ni, korang boleh nikmati cashback S-Coin sehingga 70% untuk lebih 100 produk terpilih. Untung la korang, dapat beli barang dengan harga promosi lepas tu siap dapat kumpul S-Coin lagi. Tak ke best tu?

Walau bagaimanapun, korang kena cepat-cepat dapatkan produk terpilih ni sebab Senheng terhadkan jumlah unit produk tersebut. Jadi, siapa lambat nangis tepi bucu katil je la jawabnya.

Baucar diskaun sehingga RM 10 juta untuk dimenangi!

Selain itu, korang juga boleh dapat baucar diskaun sehingga RM 10 juta. Apa yang korang perlu buat hanyalah berbelanja di outlet Senheng atau secara dalam talian dengan pembelian minima RM1500 dalam satu resit. Maka, secara automatiknya korang layak untuk menerima baucar diskaun daripada Senheng. Mudah kan?

Jangan bimbang, kalau korang tak pasti nak rujuk siapa, korang boleh tanya pada staff Senheng yang bertugas apabila berkunjung ke outlet mereka. Nanti staff mereka akan bantu korang.

Yang nak beli secara online, korang layari je laman sesawang Senheng. Maklumatnya ada disana.

Menang 10 Buah Samsung Galaxy Z Flip3 5G dengan mudah!

Bukan itu sahaja, melalui peraduan “Teka & Menang” anjuran Senheng, korang berpeluang untuk memenangi telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip3 5G!

Syarat penyertaanya seperti dibawah:

Terbuka kepada ahli PlusOne sahaja.

Perlu berbelanja RM1000 dan keatas di Senheng dengan mengguna Skim AEON Credit Easy Payment, dalam satu resit.

Semakin banyak korang belanja, semakin banyak peluang korang untuk sertai peraduan ini.

** Tertakluk pada terma & syarat, Layari https://www.senheng.com.my/anniversary untuk maklumat lanjut.

Join peraduan Swipe & Win untuk menang Sharp 65″ Smart UHD TV!

Inilah yang peraduan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang sebab Senheng tawarkan 6 buah Sharp 65″ Smart UHD TV. Bukan murah TV ni. Dah la besar dan nipis, memang love teruk dengan TV ni.

Berikut ialah syarat penyertaan peraduan “Swipe & Win”:

Terbuka kepada semua pemegang Kredit Kad Maybank

Pemegang kredit kad perlu membuat pembelian bernilai RM3000 dalam satu resit melalui pembiayaan pinjaman bagi tempoh 12, 24 dan 36 bulan.

Bagi setiap pembelian bernilai RM3000 dalam satu resit, pemegang kad secara automatik menerima satu penyertaan.

Peraduan ini sah untuk semua cawangan Senheng.

** Tertakluk pada terma & syarat, Layari https://www.senheng.com.my/anniversary untuk maklumat lanjut.

Banyak betul, promosi dan hadiah yang Senheng berikan kali ni kan? Apa-apa pun, korang kena tahu yang kesemua promosi diatas hanya sah bermula 1 September sehingga 30 November 2021. Sementara ada banyak promosi ni elok la membeli sebab dalam masa yang sama still dapat berjimat dan kawal bajet.

Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Jom singgah ke outlet Senheng yang berdekatan dengan korang sekarang juga dan pastikan korang muat turun aplikasi Senheng untuk menikmati lebih ganjaran daripada Senheng.

Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi yang sedang dan bakal berlangsung, korang boleh follow sosial media Senheng seperti yang tertera dibawah.

Website: Senheng Malaysia

Facebook: Senheng Malaysia

Instagram: @senhengmy

SKIP THIS AD ×