berita

Rebut Peluang Untuk Menang Sehingga RM200,000 Melalui Kejuaraan Online Game Paling Epik!

January 5th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Korang yang suka main game PUBG,  kali inilah peluang korang! Apa kata join kejuaraan PUBG Mobile Dew Challenge. Daripada main suka-suka, apa salahnya sertai tournament e-Sport. Lagipun, hadiah yang ditawarkan cukup lumayan sehingga RM200,000.

Menariknya, kejuaraan PUBG Mobile Dew Challenge ialah kejuaraan e-Sport terbesar untuk pemain amatur PUBG Mobile di Malaysia dan Singapura. Awesome kan?

Jom daftar sekarang juga…

Pendaftaran untuk menyertai kejuaraan PUBG Mobile Dew Challenge  ni mudah je. Korang cuma perlu buat secara online saja.

Berikut adalah langkah untuk penyertaan:

1. Beli minuman Mountain Dew X PUBG Mobile Limited Edition, 400 ml. Dibahagian atas penutup botol ada kod untuk buat pendaftaran. Simpan baik-baik penutup botol tu, okay?

2. Kemudian korang layari laman sesawang Dew Challenge dan buat pendaftaran. Kemudian masukkan kod dekat penutup botol tadi. Setiap pasukan boleh ada 4 atau 5 orang ahli.

3. Akhir sekali, submit penyertaan korang dan tunggu Pihak Dew Challenge hantar official invitation kepada pasukan korang.

**Pendaftaran sah sehingga 8 Januari 2021

3 peringkat persaingan! 2,048 pasukan terpilih akan berentap

Dibahagikan kepada 3 peringkat persaingan, berikut adalah tarikh bermulanya kejuaraan PUBG Mobile Dew Challenge .

Pusingan kelayakan:

-Bermula pada 22 Disember 2020 hingga 15 Januari 2021

-Peserta akan dibahagikan kepada 128 kumpulan dengan 16 pasukan di dalamnya mula berentap

Pusingan separuh akhir 1:

-Bermula pada 19 hingga 26 januari 2021

-Peserta akan dibahagikan kepada 32 kumpulan dengan 16 pasukan di dalamnya mula berentap

Pusingan Separuh akhir 2:

-Bermula pada 27 hingga 28 Januari 2021

-Peserta akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan 16 pasukan di dalamnya mula berentap

Grand Finals:

-29 Januari 2021

-16 pasukan akan berentap merebut kejuaraan PUBG Mobile Dew Challenge.

Wang Tunai RM 100,000 menanti juara!

Kejuaraan PUBG Mobile Dew Challenge  bukan setakat asah bakat dan kemahiran korang dalam bidang e-Sport tetapi hadiah yang ditawarkan juga bukan calang-calang sebaliknya, korang boleh menang hadiah keseluruhan sehingga RM200,000.

Juara:

Membawa pulang wang tunai RM100,000 serta 1 minggu bootcamp bersama dengan Geek Fam PUBG Mobile Team

Tempat kedua: 

Membawa pulang wang tunai RM50,000

Tempat ketiga:

Membawa pulang wang tunai RM29,000

Tempat ke 4 hingga tempat ke 10:

Membawa pulang wang tunai RM3,000

Kolaborasi hebat Mountain Dew X PUBG Mobile

Bagi pengetahuan korang, kejuaraan PUBG Mobile Dew Challenge  merupakan kolaborasi Mountain Dew dan PUBG Mobile untuk mewujudkan babak baru dalam inovasi online game selain, mendekati dan mengenali top gamers di Malaysia dan Singapura.

Tambahan pula, Mountain Dew dan PUBG Mobile berharap dengan adanya kejuaraan e-Sport seperti ni, gamers amatur boleh mempertajamkan lagi kemahiran mereka di samping menjadi satu platform untuk semua gamers bersaing secara adil dan sihat.

Bagi korang yang tak berkesempatan untuk buat pendaftaran tetapi masih lagi nak jadi sebahagian daripada komuniti PUBG Mobile Dew Challenge, korang boleh tune in ke Facebook Mountain Dew Malaysia untuk bersama-sama menyaksikan live streaming Grand Final PUBG Dew Challenge 2020 pada 29 Januari 2021 nanti.

Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Daftarkan penyertaan pasukan korang sekarang jugak di website Dew Challenge. Untuk maklumat lanjut mengenai kejuaraan e-Sport ini korang boleh terus ke Facebook Mountain Dew Malaysia.

SKIP THIS AD ×