Beberapa hari lalu, tular satu video memaparkan seorang lelaki mengalami kecederaan ketika cuba menyelamatkan anaknya yang dibaham buaya. Insiden ngeri itu dipercayai berlaku ketika dua beranak ini sedang berkayak di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin, Lahad Datu, Sabah.
Artikel Berkaitan: Pilu! Ingin Selamatkan Tapi Tak Terdaya, Bapa Hanya Mampu Lihat Anak Dibaham Buaya
Tuhan lebih sayangkan dia
Terbaharu, seorang pempengaruh TikTok iaitu Adrian Edy berkongsi detik dirinya menziarahi bapa mangsa, Morehan di kediamannya di Lahad Datu. Selain memberi kata-kata semangat kepada lelaki itu, Adrian Edy turut menghulurkan sedikit sumbangan berupa wang ringgit kepada keluarga mangsa.
Menerusi perkongsian tersebut, Adrian memberitahu meskipun si bapa sedih dengan pemergian anak tercinta namun dia reda dengan takdir yang telah ditetapkan buat mereka sekeluarga. Malah si bapa turut menyimpan hasrat untuk bertemu dengan anaknya di syurga kelak.
Ziarah pak cik Morehan, ayah kepada mangsa yang dibaham buaya di Lahad Datu beberapa hari lalu, sedih sangat, beri kata kata semangat dan duit belanja buat pak cik. Pak cik kata dia redha dengan apa yang terjadi, Tuhan lebih sayangkan anak dia, nanti dia akan jumpa anak dia di syurga katanya.
Tak dinafikan, tangisan seorang bapa yang gagal menyelamatkan anaknya telah mengundang sebak netizen. Rata-rata daripada mereka turut bersimpati dengan nasib malang yang menimpa dua beranak ini. Tidak kurang juga, ada di antara mereka menitipkan doa agar si bapa dan keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini.
Video
Sumber: Adrian Edy