berita

Red Bull Tawarkan 1.5 Juta Minuman Red Bull Percuma Untuk Anda!

June 3rd, 2014 | by Ai
Shout Out!

Screen Shot 2014-05-12 at 11.48.54 AM

Bayangkan kini anda tak perlu membayar lebih untuk minuman Red Bull lagi. Bukan 100 atau 1000, tetapi 1,500,000 botol minuman Red Bull bakal diberi percuma kepada anda semua! Tak kira tua atau muda, sesiapa saja berpeluang untuk menebus botol-botol yang disediakan khas oleh Red Bull ini.

Caranya mudah saja, jika anda selalu minum Red Bull, pastikan penyentap tin anda tidak dibuang. Apa yang perlu dibuat ialah anda cuma perlu lihat dibawah penyentap tin samada tertera huruf X atau pun G.

Bagi huruf G, anda boleh tukarkan dengan satu botol Red Bull manakala huruf X pula, anda boleh tukarkan dengan 2 botol Red Bull di mana-mana stesyen Shell Select terpilih. Menarik kan? Anda boleh layari Red Bull Malaysia untuk maklumat lanjut.

Screen Shot 2014-05-30 at 12.23.56 PM

 

Selain daripada itu, anda juga boleh menyertai peraduan I+ Extra Boost dimana anda berpeluang untuk merebut hadiah utama iaitu 5 buah motosikal dan juga hadiah pertama iaitu 10 buah basikal.

Caranya mudah saja, selepas mengumpul penyentap tin Red Bull, anda hanya perlu ke laman Red Bull dan muat turun borang yang telah disediakan. Nampaknya anda tak perlu membuang masa ke kedai untuk mengambil borang lagi, kan?

Selepas itu, anda hanya perlu mengira jumlah logo Red Bull I+ Extra Boost pada gambar di dalam borang peraduan. Kemudian, isikan slogan paling kreatif anda mengenai I+. Dan ya, anda boleh hantar seberapa banyak borang penyertaan dengan syarat, satu penyentap tin aluminium disertakan sebagai bukti pembelian.

Screen Shot 2014-05-30 at 12.24.19 PM

Selain hadiah utama, Red Bull juga turut menawarkan hadiah saguhati untuk direbut iaitu 300 powerbank (Semenanjung Malaysia sahaja) dan juga 10 mesin basuh dan 30 ketuhar gelombang (Sabah & Sarawak sahaja).

Screen Shot 2014-05-30 at 12.24.39 PM

Akhir sekali, kirimkan borang penyertaan anda sebelum 30 Jun 2014. Bagi yang tidak tahu, peraduan ini telah pun bermula pada 1 Mei yang lalu.

Jadi, apa tunggu lagi? Layari laman rasmi Red Bull Malaysia sekarang ataupun laman Facebook rasmi Red Bull.

SKIP THIS AD ×