berita

Redmi Note 11 Series Sarat Dengan Pelbagai Ciri & Spesifikasi Yang Mantap!

January 27th, 2022 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Xiaomi hari ini mengumumkan siri telefon pintar paling mampu milik Redmi Note 11 series bakal dilancarkan secara global dan akan tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi!

Korang juga berpeluang untuk saksikan sendiri pelancaran esklusif telefon pintar ini melalui laman Facebook rasmi Xiaomi pada 10 Februari nanti, jam 12 tengah hari! Haa.. Set reminder siap-siap geng, jangan terlepas tau!

Legasi Redmi Note series kini selangkah lebih kehadapan!

Untuk korang yang tengah berkira-kira nak beli telefon pintar baru, memang inilah dia masa paling sesuai sebab Redmi Note 11 series bukan telefon pintar beshe-beshe ya, dengan harga yang sangat berpatutan korang dijamin bakal berpuas hati dengan spesifikasi dan ciri yang kini lebih mantap! Memang berbaloi lah senang cerita!

Hadir dengan 4 pilihan peranti terbaru Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro, Redmi Note 11S dan Redmi Note 11 keesemuanya dilengkapi penambahbaikan dari segi sistem kamera, kepantasan mengecas, paparan dan SoC, sekaligus menjadikan ia sebagai telefon pintar mampu milik yang jauh lebih hebat berbanding sebelumnya!

Gambar korang lebih onz dengan kamera 108MP!

Menjanjikan pengalaman fotografi yang jauh lebih hebat, kamera Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro, dan Redmi Note 11S dilengkapi sensor utama sehingga 108MP! Membolehkan pengguna untuk berkongsi momen indah dengan true-to-life details! 

Menggunakan sensor Samsung HM2 dengan saiz sehingga 1/1.52″ , kamera utama peranti ini dicipta dengan 9 dalam 1 binning technology bersama dual native ISO bagi menghasilkan gambar yang berdinamik tinggi meskipun ia dirakam dalam keadaan cahaya yang terhad.

Mudah lah guys! Tak payah dah korang nak mintak extra lighting dari kawan-kawan kalau ambik gambar dekat kawasan gelap, pakai phone sendiri je dah cukup!

Lagi best sebab Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S mempunyai kamera hadapan 16MP! Gambar selfie korang dijamin lebih clear dan nampak natural ya lepas ni! Boleh terus post dekat media sosial tanpa rasa insecure dah!

Dilengkapi FHD+ AMOLED DotDisplay & rekaan flat-edge body design

Redmi Note 11 series mempunyai refresh rate sehingga 120Hz dan touch sampling rate sehingga 360Hz bagi menambahbaik persembahan skrin telefon pintar korang, ia memastikan pengguna dapat menikmati transisi skrin yang smooth dan jelas tanpa lagging serta lebih sensitif pada sentuhan.

Didatangkan dengan skrin bersaiz 6.67-inch dan 6.43-inch, siri ini lengkap dengan FHD+ AMOLED DotDisplay dan DCI-P3 wide color gamut menghasilkan warna yang lebih vibrant pada paparan skrin!

Dari segi kejelasan skrin pula korang memang tak payah risau sebab ia mampu mencapai 1200 nits untuk paparan skrin yang terlihat jelas meskipun di bawah terik mentari.

Redmi Note 11 series direka dengan flat-edge body design lengkap bersama dual super linear speakers di bahagian atas dan bawah telefon pintar tersebut. YA ATAS DAN BAWAH TAU! bukan satu tapi dua bahagian! Kalau guna untuk main game atau tengok video memang layan habis geng!

Boleh dicas penuh dalam masa lebih kurang 1 jam!

Kesemua 4 peranti Redmi Note 11 series dilengkapi 5,000mAh kapisiti batteri! Bukan tu je, malah ia juga mempunyai 67W turbo charging buat Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro yang membolehkan pengecasan sehingga 50% dalam hanya 15 minit je!

Sementara Redmi Note 11S and Redmi Note 11 pula hadir dengan 33W Pro fast charging yang membolehkan pengecasan penuh dalam masa lebih kurang 1 jam!

Pemprosesan pula macam mana? Laju ke tidak? Haa.. Memang laju gila ya! Sebab Redmi Note 11 Pro 5G dikuasakan dengan advanced octa-core processor Snapdragon® 695. Chipset ini menawarkan penyambungan 5G, menjamin prestasi hebat dan pantas!

Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S hadir dengan advanced octa-core MediaTek Helio G96 processor serta 8GB RAM!

Sementar Redmi Note 11 pula dilengkapi Snapdragon® 680 processor direka dengan flagship-level 6nm process khusus untuk prestasi yang mantap dan menjimatkan tenaga penggunaan pada masa yang sama.

Amacam geng? Mesti dah teruja nak tukar phone baru kan? Jangan lupa tengok pelancaran ekslusif Redmi Note 11 series pada 10 Februari pukul 12 tengah hari dekat SINI okay!

Jom jadi orang terawal untuk miliki Redmi Note 11 series dan rasai sendiri kehebatan peranti pintar ini!

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk Xiaomi korang boleh layari laman Facebook Xiaomi di SINI

SKIP THIS AD ×