

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tapi juga masa terbaik untuk menyemai keprihatinan dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
Tahun ini, redONE Mobile tampil dengan kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang lebih menyeluruh melalui program Colours of Ramadan, kempen kitar semula e-Waste ‘Recycle & Reconnect’, serta inisiatif redINFAQ yang turut disertai enam pempengaruh media sosial terkenal!
Nak tahu lebih lanjut? Jom kita tengok apa yang menarik tahun ni!
Colours of Ramadan: Tradisi berbuka puasa bersama komuniti!
View this post on Instagram
Setiap tahun, redONE melalui cabang amalnya, redONE Foundation, menjalankan program Colours of Ramadan untuk membantu komuniti yang memerlukan.
Tahun ini, sukarelawan redONE turun padang di Surau Haji Taib, Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang, untuk memasak dan mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk setempat.
Yang menariknya, pempengaruh terkenal Uncle Tokok turut serta dalam aktiviti gotong-royong ini! Selain itu, redONE menyumbangkan RM2,000 kepada surau bagi menyokong aktiviti keagamaan dan komuniti serta memberi duit raya dan cenderahati kepada penduduk yang hadir.
Recycle & Reconnect: Kempen kitar semula e-waste pertama redONE
Bukan hanya membantu insan memerlukan, redONE juga prihatin terhadap alam sekitar! Bermula April 2025, redONE akan melancarkan kempen kitar semula e-Waste, Recycle & Reconnect, dengan kerjasama ERTH.
Kotak kitar semula akan disediakan di beberapa kedai redONE terpilih di Lembah Klang, Johor Bahru, dan Pulau Pinang untuk memudahkan orang ramai membuang telefon bimbit lama, pengecas, dan peranti elektronik rosak secara bertanggungjawab.
Hasil kutipan dari pelupusan ini akan disalurkan kepada Surau Haji Taib untuk manfaat komuniti setempat.
redINFAQ: Berinfaq sambil sokong peniaga bazar Ramadan

Satu lagi inisiatif menarik adalah redINFAQ bersama enam pempengaruh media sosial terkenal iaitu Uncle Tokok, Donna Muslim, Abang Bahulu, Era Suka Makan, Akak Strawberry Kajang, dan Ain Ayam Cheese Jebok.
Mereka bersama redONE akan mengedarkan 50 pek makanan setiap hari Rabu sepanjang Ramadan kepada golongan yang memerlukan di Ampang, Kajang, Shah Alam, Kelantan, dan Sabah.
Selain membantu mereka yang kurang berkemampuan, kempen ini juga menyokong peniaga kecil dengan promosi bazar Ramadan menerusi ulasan makanan di media sosial pempengaruh terlibat. Bayangkan bisnes korang tiba-tiba viral sebab di-review oleh selebriti media sosial, fuhh best, kan?
Bukan tu je, mereka juga ronda bazaar Ramadan dengan misi menyokong peniaga tempatan
Untuk memperkasakan lagi peniaga bazar, pasukan redONE juga akan turun padang menerusi inisiatif Ronda Bazaar Ramadan di seluruh negara, termasuk Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Sabah, dan Sarawak.
Ini adalah usaha untuk meningkatkan daya tarikan perniagaan tempatan dan menarik lebih ramai pengunjung ke bazar-bazar terpilih.
View this post on Instagram
redONE memberi pelbagai manfaat buat masyarakat!
Power lah! redONE Mobile ni bukan sahaja terkenal dengan pelan 5G mesra bajet tetapi juga komited dalam memberi manfaat kepada masyarakat melalui pelbagai program CSR.
Dengan rangkaian lebih daripada 18,000 rakan niaga di seluruh Malaysia dan pangkalan pengguna melebihi 1.1 juta, redONE terus berkembang di peringkat ASEAN dan membawa perubahan positif kepada komuniti setempat.
Nak tahu lebih lanjut tentang kempen Colours of Ramadan dan aktiviti lain dari redONE? Layari redonemobile.com.my atau follow mereka di media sosial:
Facebook: @redONEMobile
Instagram: @redonemobile.my
TikTok: @redonemobile.my
Jom sama-sama sebarkan kebaikan Ramadan ini!








