redONE Mobile sebuah pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terkemuka di Malaysia, baru-baru ini, telah mengukuhkan komitmen mereka terhadap pemuliharaan alam sekitar melalui inisiatif kerjasama dengan Mah Meri Cultural Village (MMCV) di Pulau Carey.
Artikel berkaitan: redONE Mobile Tawar Ganjaran RM1 Juta Untuk Atlet Bawa Pulang Emas Olimpik 2024!
Artikel berkaitan: Mahu Hargai Rakan Jualan, redONE Tawarkan Hadiah Dan Insentif Tunai Lebih RM1.5 Juta!
Artikel berkaitan: Cepat & Boleh Dipercayai! redONE Lancar Platform Pinjaman Wang Dalam Talian ‘redCASH’
Tanam pokok & bersihkan pantai
Acara yang berlangsung pada 22 November lalu, menggabungkan aktiviti pembersihan pantai dan penanaman pokok bakau bagi meningkatkan integriti ekologi serta biodiversiti kawasan pesisiran pantai di pulau tersebut.
Lebih mencuri tumpuan, inisiatif ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para sukarelawan yang terlibat dalam aktiviti seperti menanam anak pokok bakau dan membersihkan pantai.
Usaha ini amat penting untuk melindungi garis pantai daripada hakisan, meningkatkan kualiti air, dan mempromosikan peranan hutan bakau sebagai penyerap karbon semula jadi untuk menangani perubahan iklim.
Acara ini turut meraikan warisan budaya suku Mah Meri, salah satu daripada 19 suku kaum asli di Malaysia yang terkenal sebagai penjaga landskap pesisiran pantai. Di samping itu, para sukarelawan berpeluang untuk menyertai aktiviti tradisional seperti origami daun, demonstrasi lastik dan sumpit, anyaman atap, serta pameran ukiran kayu.
Acara kemuncak pula dimeriahkan dengan upacara perkahwinan tradisional Mah Meri. Peserta berpeluang menyaksikan keunikan budaya dan tradisi suku kaum ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile, Ameen Amaendran, kerjasama yang terjalin ini merupakan dedikasi mereka untuk melindungi alam sekitar dan menyokong komuniti tempatan.
Program ini selaras dengan nilai teras kami dalam kelestarian dan penglibatan masyarakat, memastikan warisan yang berpanjangan untuk generasi akan datang.
Ujar wakil MMCV iaitu Diana Ross Diaman pula, hutan bakau sangat penting bagi masyarakat Mah Meri. Oleh sebab itu, kerjasama seperti ini sangatlah bermakna buat mereka.
Hutan bakau adalah simbol ketahanan, sama seperti komuniti Mah Meri.
Kerjasama ini membolehkan kami melindungi pesisiran pantai sambil berkongsi warisan budaya kami. Ini adalah langkah bermakna untuk memelihara tanah dan tradisi kami untuk generasi akan datang.
Sekadar info, usaha pemuliharaan pesisir pantai di Pulau Carey merupakan sebahagian daripada agenda kelestarian alam sekitar yang lebih luas oleh redONE Mobile.
Awal tahun ini, syarikat tersebut melancarkan inisiatif ‘Eco Roots’ di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), dengan membekalkan kemahiran kepada sukarelawan dalam penyediaan tanah dan penanaman benih sebagai langkah ke arah pemulihan ekosistem semula jadi Malaysia.
Melalui inisiatif-inisiatif ini, redONE Mobile terus menunjukkan komitmennya terhadap kelestarian sambil mewujudkan kerjasama yang mempromosikan pemuliharaan alam sekitar dan budaya.
Nak tahu lebih lanjut tentang aktiviti dan program redONE Mobile? Jangan lupa check laman web mereka di www.redonemobile.com.my atau follow di Facebook @redONEMobile dan Instagram @redonemobile.my!