
Pelakon popular, Redza Rosli dan isterinya, Bella Hanna bakal menimang cahaya mata yang pertama setelah hampir dua tahun melayari bahtera perkahwinan.
Artikel Berkaitan: ‘Kerja Dengan Redza Rosli Sangat Senang, Dia Tak Acah-Acah Diva & Mudah Bawa Bincang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Redza Rosli Nafi Dakwaan Isteri Sudah Hamil – ‘Itu Semua Fake News, Kalau Ada Saya Uar-Uarkan Dah’
Majlis gender reveal
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, penyanyi dan pelakon Wanns Ahmad yang merupakan sahabat kepada Redza berkongsi beberapa foto momen majlis ‘gender reveal’ anak sulung pasangan tersebut.
Hantaran tersebut menyorot perhatian ramai apabila tiada sebarang pengumuman daripada pasangan tersebut namun bakal menunggu hari tibanya anak sulung dilahirkan.
Gender reveal anak sulung sahabat saya, Encik Redza Rosli dan isteri, Bella Hana.
Korang rasa lelaki ke perempuan?
Nanti saya belanja video reveal jawapan.
Tidak lama daripada itu, Wanns berkongsi momen pendedahan jantina yang dilihat semburan biru menandakan cahaya mata lelaki.
Sekadar info, Redza dan Bella selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Jun tahun lalu.
Sumber: Threads @wannsahmad_official