Pelakon Reen Rahim meluahkan rasa kecewa dengan penghasilan drama lokal yang didakwa kurang nilai positif.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hampir Tiga Tahun Berkahwin, Reen Rahim Sebak Bicara Soal Anak – ‘Topik Ini Sangat Sensitif Sebenarnya’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bawa-Bawa Bincang Perangai Jantan Tu, Jangan Nak Bantai Orang Je’ – Pesanan Suami Buat Reen Rahim Sebelum ‘Out Station’

Jalan cerita yang sama

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 37, kesal melihat trend drama tempatan yang rata-ratanya didakwa hanya mengetengahkan plot berkisarkan konflik rumah tangga, isu curang serta watak wanita yang sering digambarkan lemah.

Jujur cakap…makin lama makin meluat. Drama sekarang macam tak ada cerita lain.

Pusing-pusing kisah penyondol, wanita bodoh, wanita murah. Lima tahun ni macam skrip stuck dekat takuk yang sama.

Meskipun naskhah sebegitu mungkin menarik untuk dilakonkan, namun apabila meletakkan dirinya sebagai penonton, Reen mengakui sudah jemu melihat jalan cerita yang berulang-ulang dengan tema sama.

Memang bawa watak jahat best. Tapi POV (point of view) sebagai penonton.

Penatlah tengok cerita perempuan murah, lelaki tak ada pegangan, perempuan bodoh, lelaki bebal.

Menurut Reen, dia berharap agar industri drama tempatan dapat menampilkan pelbagai variasi cerita yang lebih segar dan bermakna.

Itu zaman bila punya perempuan, zaman tu dah habislah. Sekarang manusia sudah bijak, faham dan ada nilai.

Bukan marah, saya cuma rindu cerita yang ada nilai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Reen dan berharap industri lakonan dapat menghasilkan lebih banyak karya dengan jalan cerita yang berbeza.

Sumber: Threads