Pelakon, Reen Rahim mencuri perhatian apabila meluahkan pandangannya mengenai sikap segelintir suami yang dilihat terlalu segan untuk menunjukkan kasih sayang terhadap isteri di khalayak ramai.

Artikel Berkaitan: Reen Rahim Sangkal Kenyataan Mekyun Sifatkan Pempengaruh Sombong – ‘Sebenarnya Kita Yang Insecure Sampai Nampak Semua Negatif’

Artikel Berkaitan: Reen Rahim Kritik Trend Drama Tempatan, Rindu Naskhah Sarat Nilai – ‘Pusing-Pusing Kisah Penyondol..’

Layan isteri

Menurut Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 37, perkara itu sering berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu.

Dakwa Reen, suami sering dilihat sukar untuk melakukan perkara-perkara sederhana seperti memimpin tangan ketika berjalan.

Kenapa kalau depan orang, saya tengok melayulah kebanyakannya segan sangat nak layan isteri elok-elok macam pegang tangan pun susah sangat.

Bila haram bukan main berkepit, dah memang halal acah-acah pula.

Tambahnya lagi, sikap ego dan keinginan untuk dilihat dominan di hadapan orang lain sebenarnya boleh memberi kesan negatif terhadap hubungan suami isteri.

Kenapa depan orang kalian nak kena paling acah-acah jadi suami yang terpaling ditakuti?

Ikut sangat generasi dulu-dulu. Tolong topup ilmu. Kalian tahu tak istilah ego itu membunuh?

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Sumber: Threads