berita

Refal Hady Nafi Bercinta Dengan Prilly – ‘Kami Sudah Seperti Keluarga’

August 22nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon kacak dari Indonesia iaitu Refal Hady menafikan mempunyai hubungan serius dengan heroin filem Ketika Berhenti Di Sini, iaitu Prilly Latuconsina.

Refal nafi bercinta dengan Prilly

Refal atau nama sebenarnya Reza Fahlevi Alhady ketika ditemui menjelaskan bahawa hubungannya dengan Prilly bukanlah seperti yang didakwa ramai tetapi mereka rapat atas dasar profesional demi menjayakan watak dalam filem tersebut.

Saya dan Prilly berteman dan jalin hubungan yang baik. Kami ada kerjasama yang sangat okay. Dia sangat ‘open minded’ (berfikiran terbuka) dan kami bercanda perkara sama, iaitu hal-hal yang kecil.

Jadi, kami berdua memang sangat selesa. Mungkin orang tengok keselesaan itu sebagai suatu yang istimewa antara kami dan kami tak boleh cakap apa-apa.

Ujar Refal lagi, selain Prilly, dia turut mempunyai hubungan yang baik dengan pelakon lain antaranya ialah Bryan Domani, Lutesha dan Sal Priadi.

Kami semua seperti satu keluarga, jadi antara kami sudah tiada sempadan.

Dalam pada itu, Refal akui bahawa filem Ketika Berhenti Di Sini sangat dekat dengan dirinya memandangkan dia juga pernah merasai kehilangan kedua ibu bapanya. Tambah Refal lagi, kehilangan insan tersayang secara tidak langsung membantunya dalam menjiwai watak sebagai Ifan Randuwana.

Filem Ketika Berhenti Di Sini mula ditayangkan di pawagam tempatan pada 17 Ogos lalu.

SKIP THIS AD ×