
Pereka perkahwinan terkenal Reka Teemor, berkongsi maksud sebenar di sebalik 11 rekaan tulisan huruf ‘fa’ dan ‘alif’ yang menghiasi pelamin pasangan popular Fattah Amin dan Amira Othman.
Artikel Berkaitan: Penulis Khat Tertarik Dengan 11 Huruf ‘Fa’ & ‘Alif’ Di Pelamin Fattah Amin, Amira Othman – ‘Mungkin Ada Simbolik Tertentu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Minta Izin Dulu, Risau Nampak Tak Manis’ – Fattah Amin Dedah Restu Ibu Bapa Jadi Kunci Hubungan Dengan Amira Othman
Maksud 11 huruf
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Reka Teemor memaklumkan bahawa simbolik 11 kali huruf tersebut adalah mewakili rukun Islam dan rukun Iman.
11 kali monogram nama Fattah dan Amira dalam tulisan thuluth melambangkan lima rukun Islam dan enam rukun iman tertera jelas di atas gerbang mereka berdua.
Cinta yang sederhana adalah cinta yang menenangkan jiwa, sikinah, mawaddah dan rahmah.
Terdahulu, Fattah dan Amira selamat diijakbulkan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Sepang, Selangor, pada malam Ahad.
Dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Fattah dan Amira sah menjadi pasangan suami isteri dengan hanya sekali lafaz.
Mulai 19 September, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam, saksikan Setulus Takdir: Fattah Amira untuk mengikuti perkembangan terbaru kehidupan mereka sebagai suami isteri.
Unifi TV akan menyiarkan liputan eksklusif majlis akad nikah, bulan madu, aktiviti kebajikan dan banyak lagi. Semua ini eksklusif di saluran Inspirasi, di Unifi TV.
Muat turun sekarang di: onelink.to/unifitv.
Sumber: IG Reka Teemor








