berita

Rekaan Kasut Klasik ASICS EX89 Diberi Nafas Baru Bakal Memikat Hati Korang Semua!

January 5th, 2023 | by Aliff Haikal
Kini Trending

Budaya pemakaian fesyen dalam sukan bola keranjang meraih populariti kini mendominasi landskap fesyen dalam negara terutama dalam pilihan gaya rekaan kasut.

Haa… mesti korang semua tak pernah tahu kebanyakan kasut yang tengah ‘trendy merupakan kasut bola keranjang dan gaya rekaan serta pilihan warna kini menjadi rebutan di kalangan masyarakat dalam negara.

Tapi, korang pasti mahukan sepasang kasut yang trendy tapi selesa! Admin ada berita baik untuk korang semua tau, ASICS EX89 bukan sahaja menawarkan gaya rekaan trendy inspirasi daripada sukan bola keranjang tapi memberi korang keselesaan yang optimum! 

Menarik kan? Jom tengok kenapa korang perlu dapatkan ASICS EX89 sebelum sold out!

Teknologi ASICS GEL™ memberi korang keselesaan optimum sepanjang hari, tiada lagi sakit kaki!

Haa.. kalau korang nak tahu, ASICS merupakan sebuah jenama pakaian sukan terkenal dengan kualiti yang lebih baik serta mementingkan keselesaan dengan  dengan teknologi ASICS GEL™. 

Teknologi GEL™ telah dicipta semula untuk mengurangkan kesan impak, meningkatkan penyerapan hentakan dan diletakkan secara strategik untuk kawasan kaki berbeza. Bukan itu sahaja, teknologi GEL™ dilengkapkan dengan teknologi ‘foam’ untuk kelembutan kusyen dan keselesaan jangka panjang.

Jadi, korang boleh lupakan pengalaman sakit kaki korang dan berubah kepada teknologi GEL™ untuk keselesaan dan kestabilan optimum.

Pilihan warna klasik inspirasi warna pasukan NBA bakal memikat hati korang semua!

ASICS EX89 bukan sahaja memberi korang keselesaan ketika berjalan tapi dapat mengurangkan sakit kaki jugak tau! Dengan tiga pilihan warna klasik diinspirasikan daripada tiga pasukan terkenal daripada National Basketball Association (NBA), ia pasti menepati gaya hidup korang semua.

Warna putih diperbuat dari ‘leather’ mendominasi keseluruhan rekaan kasut dipadankan dengan aksen biru serta oren tebal memberi nafas baru bagi korang sedang mencari kasut yang unik dan trendy!

Korang merupakan peminat pasukan Los Angeles Lakers ataupun Boston Celtics? ASICS EX89 turut membawakan warna aksen ungu-kuning dan hijau-hitam diilhamkan daripada uniform dua pasukan tersebut.

Padankan dengan baju warna hitam atau putih untuk menyerlahkan lagi kasut baru korang! Wow!

Gaya rekaan klasik, diberi nafas baru!

Mengambil inspirasi dari gaya rekaan kasut bola keranjang pada era lewat 80-an, Tateishi Yoshinori mengimbau kembali rekaan klasik pada zaman itu dengan ‘bulky silhouette’ serta ‘perforated toe box’ dapat dilihat pada EX89.

Bukan itu sahaja tau! Diberi nafas baru melalui teknologi GEL™ untuk memberi keselesaan optimum serta kualiti unggul terkenal dengan kasut ASICS akan membuatkan kasut ini kekal lebih lama tau!

Jadi, korang bukan sahaja mendapat mengimbau kembali fesyen era 80-an, korang pun dapat mengekspresikan diri dan menjadi lebih trendy dalam landskap fesyen negara, Wow!

Dicipta untuk bola keranjang, diolah semula untuk gaya hidup!

Haa.. Admin pun dah tak sabar nak dapatkan sepasang! Korang pun tunggu apa lagi? Korang boleh dapatkan sekarang di lokasi ASICS terpilih di Pavillion KL, KLCC, 1Utama dan Mid Valley Megamall. 

Ataupun, korang tekan link ini! Untuk melakukan pembelian online. Bukan itu sahaja, korang boleh lihat perkembangan terkini dari ASICS di laman sosial mereka di facebook dan instagram atau layari laman rasmi mereka.

SKIP THIS AD ×