berita

Rekod Video 1 Minit & Korang Mungkin Berpeluang Perform Di Pentas Showcase AME2019

March 18th, 2019 | by Epul
Kesihatan & Hidup Aktif

Baru-baru ini, viral isu rupa lebih penting berbanding bakat dalam pencarian wajah baru pelakon bagi menghiasi drama-drama di kaca TV. Ada yang bersetuju dan ada juga yang menentang. Bagi admin, sekurang-kurangnya berilah mereka peluang bagi menyerlahkan bakat apa yang ada…

Kalau bakat terus dipendam, siapa yang nampak kan? Jangan risau, jom cuba nasib kat tempat lain pula. Tonjolkan bakat sebenar korang dalam peraduan #AktifkanAME2019 bagi mencapai impian dan seterusnya menyerlah seperti bintang serta selebriti tempatan kita!

Untuk pengetahuan korang, 100PLUS bekerjasama dengan Anugerah MeleTOP ERA 2019 bagi menyuntik semangat anak muda menyerlahkan bakat mereka dalam pelbagai bidang seperti tarian, nyanyian, pengacaraan, lakonan dan sebagainya. Nak join tak?

Menariknya peraduan #AktifkanAME2019 ni, macam mana cara nak join tu?

Senang je! Apa yang korang perlu buat hanyalah…

  1. Rekod video berdurasi 1 minit sambil menyerlahkan bakat masing-masing.
  2. Kemudian, upload video tu dalam akaun Instagram berserta hashtag #AktifkanAME2019 #AME2019 #100PLUS dan #MeleTOP.
  3. Paling penting, setkan akaun Instagram korang tu menjadi ‘public‘ tau!

Peraduan ini sudah bermula dari 11 Mac lalu dan akan tamat pada 1 April 2019. Jadi, upload video korang sekarang!

3 video terbaik akan dipilih dan akan dipaparkan dalam episod MeleTOP pada 9 April 2019. Kemudian, MeleTOP akan upload 3 video terbaik tu dalam Instagram MeleTOP untuk sesi undian yang akan menentukan siapa pemenang bertuah yang akan beraksi di pentas showcase AME2019.

Sementara itu, pemilik 3 video terbaik tu juga perlu sediakan video promo bila sesi undian bermula.

Undian untuk 3 video terbaik tu akan bermula pada 9 hingga 15 April 2019. Peserta dengan jumlah ‘Like‘ paling banyak akan diumumkan sebagai pemenang dalam episod MeleTOP pada 16 April 2019. Jadi, stay tuned!

Senangnya nak masuk! Apa hadiahnya?

Haa, hadiah yang ditawarkan peraduan #AktifkanAME2019 ni bukan calang-calang. Yelah, apa lagi nak bagi selain hadiah lumayan bagi menghargai bakat-bakat terpendam korang tu! Kalau bertuah dan bakat korang tu digemari netizen-netizen di media sosial, korang berpeluang menerima…

Hadiah Utama

  • Wang tunai RM10,000
  • 2 tiket VIP ke Anugerah MeleTOP ERA 2019
  • Berpeluang membuat persembahan di pentas showcase Anugerah MeleTOP ERA 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil

Tempat ke-2

  • Wang tunai RM5,000
  • 2 tiket VIP ke Anugerah MeleTOP ERA 2019

Tempat ke-3

  • Wang tunai RM3,000
  • 2 tiket VIP ke Anugerah MeleTOP ERA 2019

Kalau korang tak ada tuah menang tempat pertama, kedua atau ketiga, jangan risau kerana penyertaan korang juga diberi penghargaan!

Sebanyak 50 penerima hadiah saguhati akan membawa pulang 2 tiket VIP ke Anugerah MeleTOP ERA 2019 dan solekan muka serta dandanan rambut asas secara PERCUMA!

Tunggu apa lagi? Rekod dan upload video korang sekarang!

Untuk terma dan syarat peraduan, layari laman web 100PLUS. Semoga berjaya!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×