berita

Remaja 14 Tahun Kelar, Bungkus Mayat Abang Dalam Plastik, Hanya Kerana..

July 7th, 2019 | by faris
Kini Trending

Bagaikan sudah tidak lagi berfikiran waras, seorang remaja sekolah bertindak kejam sehingga mengakibatkan kematian abang kandungnya sendiri dalam satu kejadian ngeri. Mayat mangsa kemudiannya ditemukan di belakang rumah kosong bersebelahan rumahnya di Taman Glenview, Kamunting, Taiping, Perak siang tadi.

Kelar leher, pergelangan tangan

Suspek yang berusia 14 tahun dan teman lelakinya sudah ditahan polis kerana terlibat dalam kes itu. Mangsa berumur 16 tahun ditemui pada tengah hari tadi dengan kesan kelar di leher dan kedua-dua pergelangan tangan. Apa yang lebih mengejutkan, mayatnya dibalut dengan plastik.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, polis sebelum ini menerima laporan kehilangan mangsa yang juga pelajar sekolah menengah di Taiping, Jumaat lalu selepas mangsa tidak pulang ke rumah dari sekolah pada hari berkenaan.

Pemeriksaan dijalankan polis di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan kelar di leher serta pergelangan tangan manakala mayatnya dibalut dengan plastik, mayat disahkan keluarga sebagai remaja yang dilaporkan hilang itu.

Hasil siasatan, polis menahan adik perempuan mangsa serta teman lelakinya berusia 15 tahun dan kedua-dua mereka mengaku membunuh mangsa.

Bergaduh dengan teman lelaki adik

Tambah Osman, kejadian berlaku apabila mangsa dan suspek dipercayai bergaduh dengan teman lelaki adiknya selepas telefon bimbit milik suspek tertinggal di rumah mereka.

Mangsa yang pulang dari rumah pada hari kejadian dipercayai mendapati adik perempuannya membawa rakan termasuk teman lelakinya masuk ke rumah, namun semua mereka beredar selepas melihat mangsa pulang.

Telefon bimbit teman lelaki adiknya dipercayai tertinggal sebelum mangsa menjawab panggilan telefon dari suspek sebelum mencabarnya untuk mengambil sendiri telefonnya dan dipercayai berlaku pergaduhan antara mereka.

Sumber: Harian Metro, Facebook

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×