berita

Remaja 14 Tahun Rogol Budak 3 Tahun, Buang Mayat Dalam Parit Belakang Rumah

November 28th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemui maut selepas dirogol dan dibunuh dengan kejam oleh seorang remaja dalam satu kejadian di Indonesia pada 21 November lalu.

Dirogol, dibuang dalam parit

Sekadar gambar hiasan

Mayat mangsa ditemukan di dalam parit di belakang sebuah rumah. Susulan penemuan mayat tersebut, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Semasa soal siasat, suspek mengaku telah merogol dan membunuh mangsa sebelum membuang mayat si kecil itu ke dalam parit di belakang rumah datuknya.

Sebelum mencabul mangsa, suspek mencekiknya sehingga lemas. Apabila melihat mangsa masih bergerak, dia mencekiknya semula dan menutup mulutnya sehingga mati.

Difahamkan, suspek merupakan antara salah seorang saksi terawal yang menemui mayat tersebut. Namun disebabkan penerangan yang diberikan suspek agak mencurigakan, polis bertindak menahan suspek. Akhirnya terbukti bahawa suspek adalah dalang di sebalik kematian bayi perempuan itu.

Sumber: Medan Tribunnews

SKIP THIS AD ×