berita

Remaja 15 Tahun Maut Tertembak Diri Sendiri Ketika Buat ‘Content’ TikTok

February 28th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang gadis berusia 15 tahun di Sinaloa, Mexico dilaporkan maut selepas dipercayai tertembak dirinya sendiri ketika sedang merakam video memegang sub-mesingan untuk dimuat naik di laman TikTok.

Tertembak diri sendiri

Foto: The Sun

Memetik laporan media tempatan, ketika insiden tersebut berlaku mangsa, Yazmin Esmeralda dikatakan sedang melawat rumahnya neneknya sebelum terjumpa sepucuk sub-mesingan Uzi 9 milimeter bawah almari di dalam sebuah bilik.

Yazmin dipercayai meminta bantuan saudara lelakinya bagi merakam aksi memegang senjata tersebut sebelum dimuat naik di laman TikTok. Namun sub-mesingan didakwa secara tiba-tiba berfungsi dan menyebabkan tembakan terkena mangsa.

Ujar pendakwa raya negeri Sinaloa, Sara Bruna Quinonez Estrada, beliau tidak pasti mengapa senjata api tersebut boleh berada di rumah berkenaan.

Kesukaran untuk dapatkan permit

Sekadar gambar hiasan

Bercerita lebih lanjut agak sukar bagi orang awam di Mexico untuk membeli senjata api berikutan permit untuk memilikinya adalah mahal dan mengambil masa bertahun-tahun untuk diperoleh.

Membiarkan senjata api berada di rumah tanpa kawalan merupakan tindakan tidak bertanggungjawab orang dewasa yang tahu terdapat kanak-kanak di rumah.

Sumber: The Sun

SKIP THIS AD ×