berita

Remaja 18 Tahun Pukul Ibu Kandung Guna Batu Berulang Kali Sampai Meninggal Dunia

June 27th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang remaja berusia 18 tahun telah ditahan polis selepas didakwa memukul ibu kandungnya menggunakan batu sehingga wanita itu meninggal dunia.

Pukul ibu guna batu sampai maut

Memetik laporan Tribunnews, insiden kejam itu dipercayai berlaku di Medan, Indonesia. Salah seorang jiran mangsa terlihat wanita berusia 54 tahun itu sudah terbaring kaku di atas katil dengan keadaannya berlumuran dengan darah. Susulan daripada penemuan itu, individu berkenaan bergegas memaklumkan kepada jiran lain selain melaporkan kepada ketua kampung dan pihak polis. Setibanya di lokasi kejadian, pihak polis mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat dipukul menggunakan objek tumpul.

Semasa pemeriksaan mayat, pihak berkuasa menemui kesan lebam pada seluruh badan mangsa. Berikutan daripada itu, pihak polis mula menjalankan siasatan selanjutnya dan mereka mendakwa mangsa sebenarnya telah dipukul berulang kali oleh anak lelakinya menggunakan batu.

Pihak polis kemudian giat menjejaki remaja berusia 18 tahun itu dan akhirnya suspek berjaya ditahan. Suspek disyaki mengalami gangguan mental namun pihak bertanggungjawab akan melakukan pemeriksaan kesihatan termasuk ujian psikologi terhadap suspek.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×