berita

Remaja 19 Tahun Menyamar Jadi Pegawai Tentera Kena Cekup, Tipu Duit Orang RM21,000

December 3rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Akibat menyamar sebagai pegawai tentera serta memiliki pakaian pasukan, seorang remaja lelaki ditahan polis ketika serbuan di sebuah rumah di Taman Ayer Molek, Kuala Sungai, Melaka.

Beli pakaian tentera secara dalam talian

Foto kredit : Utusan Malaysia

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, sepasukan anggota polis dari ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) serta sepasukan pegawai tentera dari Kem Terendak telah menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun pada pukul 9.15 malam.

Hasil pemeriksaan menemukan barangan ketenteraan antaranya tiga pasang pakaian serta pangkat kapten dan aksesori, kasut, tali pinggang Kor Artileri, beret merun, stoking hijau dan apulet loreng berpangkat Leftenan Kolonel.

Siasatan awal mendapati suspek memberitahu bahawa pakaian tentera yang dimiliki olehnya itu dibeli secara dalam talian.

Dalam pada itu, suspek juga terbabit dalam satu kes penipuan dengan memperdayakan individu berkenaan dengan masalah peribadi serta urusan perkahwinan sehingga mangsa mengalami kerugian sebanyak RM21,400.

Menyamar sebagai Mejar Shuhada & Kapten Saufi

Sekadar gambar hiasan

Lebih mengejutkan lagi apabila remaja lelaki berkenaan turut memperdaya mangsa dengan membawa watak sebagai Mejar Shuhada serta Kapten Saufi melalui perkenalan di dalam aplikasi WhatsApp.

Suspek disyaki terbabit dalam satu kes liwat dilaporkan seorang mangsa dalam kejadian pada 23 hingga 25 November lalu di sebuah rumah di Kuala Sungai Baru.

Walau bagaimanapun, suspek direman selama lima hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan kerana memiliki pakaian askar serta Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks di luar tabii.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×