Di New Delhi, India, seorang remaja perempuan telah diperkosa oleh 33 lelaki dalam tempoh lapan bulan selepas teman lelakinya mengugut menyebarkan video seksnya. Serangan seksual yang mengejutkan negara itu dilapor berlaku di beberapa lokasi dalam daerah Thane di Maharashtra.
Mula berlaku pada 29 Januari
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan CBS News, seramai 24 orang individu termasuk dua remaja telah ditahan oleh pihak berkuasa susulan kes tersebut. Menurut pegawai polis, Dattatray Karale, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.
Ia bermula apabila kekasih remaja itu merogolnya pada Januari lalu dan merakam kejadian. Dia mula memeras ugut mangsa menggunakan video itu.Selepas itu, rakan dan kenalan lelaki terbabit merogol mangsa secara berkumpulan, sekurang-kurangnya empat ke lima kali di lokasi berbeza termasuk di Dombivli, Badlapur, Murbad dan Rabale. Mangsa menamakan 33 suspek dengan 24 orang dan dua remaja bawah umur ditahan untuk siasatan lanjut.
Difahamkan, kejadian tersebut mula berlaku di antara 29 Januari hingga 22 September lalu.
Membangkitkan kemarahan penduduk
Sekadar gambar hiasan
Ujar Dattatray, pihaknya sedang memburu baki suspek manakala individu yang diberkas direman sehingga 29 September ini. Tragedi hitam yang menimpa remaja perempuan terbabit telah membangkitkan kemarahan penduduk setempat dan orang ramai. Bahkan, protes di luar balai polis turut dilakukan oleh ramai ramai.
Buat pengetahuan semua, undang-undang rogol India dipinda selepas tragedi menimpa Jyoti Singh pada 2012 di New Delhi. Pelatih fisioterapi itu dipukul, diseksa serta dirogol beramai-ramai ketika menaiki bas bersama rakan lelakinya yang turut menjadi mangsa belasahan. Jyoti yang berusia 23 tahun pada waktu itu telah disahkan meninggal dunia selepas dua minggu dirawat di sebuah hospital, manakala empat suspek kes tersebut telah dijatuhkan hukum oleh pihak mahkamah pada bulan Mac 2020.
Sumber: CBS News