berita

[VIDEO] Remaja Dipukul & Kepala Dipijak Sehingga ‘Kejang’, Polis Dedah Punca Pergaduhan

June 28th, 2019 | by Arini Saleh
Video Popular

Semalam viral di media sosial video seorang lelaki dibelasah beberapa individu sehingga ‘kejang’. Di dalam video berdurasi 0:24 saat itu, mangsa terlebih dahulu dipukul di bahagian muka sebelum ditarik dan dihumban ke lantai. Paling menggerunkan apabila kepala mangsa turut dipijak.

Menerusi laporan Harian Metro, dua remaja lelaki telah ditahan untuk membantu siasatan. Siasatan awal mendapati punca bergaduhan disebabkan mangsa memburukkan nama suspek kepada orang lain.

Dibelasah rakan

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais memberitahu suspek meminta mangsa yang berusia 15 tahun datang ke kawasan taman permainan Taman Setia Indah Johor Bahru kira-kira jam 3.30 petang. Ketika itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal sebelum menerima panggilan.

Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah.

Berikutan itu, satu laporan polis diterima pada jam 6.12 petang dan dua remaja lelaki telah ditahan. Siasatan awal mendapati punca bergaduhan akibat mangsa memburukkan nama dan perangai suspek kepada orang lain.

Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

Rakan mohon video dipadam

Di Instagram, penyebar video yang dikenali sebagai Mirul memohon orang ramai memadam video viral tersebut di atas alasan tertentu. Menurutnya kes telah selesai dan kini dalam siasatan polis.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×