berita

Remaja Perempuan Saman Bekas Cikgu Kerana Tak Masuk Kelas 7 Bulan

October 31st, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Bunyi macam pelik, tapi benar. Itu lah tindakan yang diambil oleh seorang remaja perempuan berusia 18 tahun, yang juga bekas pelajar sekolah di Kota Belud apabila dia mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap bekas guru atas dakwaan tidak masuk kelas selama tujuh bulan. Baca untuk berita selanjutnya.

Fail saman bekas guru bahasa Inggeris

Nafirah Siman, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi memfailkan saman terhadap bekas guru bahasa Inggeris, Jainal Jamran yang didakwa tidak masuk ke kelas selama 7 bulan pada tahun 2015. Pada waktu itu Nafirah berada di tingkatan empat.

Saman difailkan melalui tetuan Roxana & Co pada 16 Oktober lalu. Selain itu, Nafirah turut menamakan Pengetua, Suid Hanapi; pegawai pendidikan daerah Kota Belud, Kementerian Pendidikan, pengarah Jabatan Pendidikan Sabah serta kerajaa sebagai defendan.

Dalam samannya, dia mendakwa bekas guru tersebut tidak hadir mengajar dari Februari hingga Oktober 2015, kecuali pada satu minggu dimana ketika itu pegawai dari Kementerian Pendidikan melawat sekolah terbabit. Nafirah juga mendakwa bahawa beberapa aduan dibuat, namun tiada tindakan diambil.

Dakwa pengetua palsukan kedatangan guru tersebut

Nafirah juga mendakwa pengetua telah menutup kes itu dengan memalsukan kedatangan dengan hanya menunjukkan bahawa Jainal tidak hadir hanya dua bulan sahaja. Remaja itu menuntut pengisytiharan bahawa semua defendan telah melanggar tugas statutori di bawah Akta Pendidikan dan mencabul hak perlembagaannya untuk mendapatkan pendidikan.

Dia turut menuntut pengisytiharan bahawa berlaku pelanggaran tugas dan ‘misfeasans’ di pejabat kerajaan dan menuntut ganti rugi serta kos. Sebutan semula kes tersebut ditetapkan pada 19 November depan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×