berita

‘Remaja Hamil Anak Luar Nikah Jangan Takut, Tampil Dapatkan Bantuan’ – Dr Wan Azizah

October 16th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini seorang gadis mati selepas melahirkan anak luar nikah di Ipoh. Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan remaja perempuan yang terlanjur dan hamil luar nikah, jangan takut untuk tampil mendapatkan bantuan.

Artikel Berkaitan: Remaja Mengadu Sakit Perut & Sembelit Sebelum Meninggal Dunia Ketika Melahirkan Bayi

Pelbagai pihak termasuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Kementerian Pendidikan, melalui kaunselor di sekolah.

Bukanlah sebuah pengakhiran

Menerusi laporan Berita Harian, beliau berkata mereka yang hamil luar nikah hanya perlu dapatkan bantuan.

(Terlanjur) Ini bukan penamat kehidupan. Kita semua pernah membuat kesilapan dalam hidup. Anda perlu tampil dan kami sedia untuk bantu anda.

Sedih dengan apa yang berlaku

Tambah beliau, kementerian masih menyiasat maklumat terperinci berhubung kejadian berkenaan dan kes itu juga masih dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tragedi yang kita mesti tahu apakah punca-punca dan kesannya. Saya sedih perkara ini berlaku.

Sebab itu, kita mahu lebih ramai remaja perempuan mendapat pendedahan, merangkumi semua aspek, supaya perkara ini tidak berulang.

Kerajaan perlu merangka penyampaian dakwah yang baharu

Dr. Wan Azizah juga berkata, kerajaan perlu merangka kaedah penyampaian dakwah yang baharu dan program pendidikan untuk menangani gejala sosial di negara ini. Ia termasuk kebajikan dan pendekatan sosial yang boleh dijadikan rujukan atau panduan kepada ibu bapa dan orang ramai.

Penyelesaian mudah seperti merujuk kembali kepada ajaran Islam atau nilai-nilai (Islam) tidak lagi relevan (perlu perubahan).

Perkara ini (masalah sosial) adalah cabaran fundamental yang dihadapi ulama, pemimpin politik dan aktivis sosial, hari ini.

Mengabaikan konsep pendidikan dalam Islam

Dr Wan Azizah menegaskan komuniti Islam terancam dengan masalah sosial kerana mengabaikan konsep pendidikan dalam Islam dan lepas tangan tanggungjawab sosial masyarakat.

Komuniti Islam hari ini tidak menunjukkan contoh yang baik seperti dalam al-Quran, ‘khairatun ummah’, iaitu umat yang terbaik. Ini antara penyebab masalah sosial dalam komuniti.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×