berita

Remaja Hilang, Scammer Minta Duit Tebusan RM1k, Siap Diskaun RM500 Bila Tak Dilayan!

December 18th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Bagai menangguk di air keruh, itulah perumpamaan yang boleh menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab individu ini. Dengan tiada rasa perikemanusiaan, individu ini menghubungi keluarga meminta wang tebusan sebanyak RM1k.

Difahamkan, seorang remaja perempuan telah hilang dari rumah dan usaha mencari sedang giat dijalankan keluarga dan rakan-rakan. Pada awalnya, maklumat mangsa dan keluarga disebarkan melalui media sosial untuk memudahkan urusan mencari namun sebaliknya pula yang berlaku.

Kanak-kanak hilang

Laporan polis sudah dibuat dan jalan terakhir untuk membantu misi mencari adalah dengan menggunakan media sosial. Namun, maklumat dan no telefon kepunyaan ibu bapa disalahgunakan individu apabila ada yang menghubungi meminta wang tebusan sedangkan mangsa tiada bersamanya.

Kesempatan dalam kesempitan

Bapa saudara, Sufi Sopian di Facebook meluahkan rasa marah dengan tindakan tidak prihatin individu yang mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Tambah menyakitkan hati apabila individu ini hanya mahukan wang tanpa sebarang informasi mengenai mangsa yang hilang.

Kalau nak anak, bank in RM1k

Bank in RM500 saya bagi location anak

Berang ibu mangsa tidak masuk perangkap, individu ini menawarkan diskaun sebanyak RM500 pula. Malah, individu ini turut mengugut hanya memaklumkan lokasi sebaik wang dipindahkan. Difahamkan, kes ini sudah dilaporkan kepada polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menjejak pemilik nombor telefon.

Sumber : Sufi Sopian , Arybah Badryna

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×