berita

Remaja Lelaki Kantoi Intai & Rakam Isteri Orang Dalam Tandas

May 6th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tindakan seorang remaja yang disyaki mengintai serta merakam seorang wanita di dalam tandas sebuah stesen minyak pada 29 April lalu membawa padah apabila dia akhirnya ditahan polis.

Intai isteri orang

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin, kejadian berlaku semasa mangsa dan suaminya berhenti di stesen minyak untuk berehat dan menggunakan tandas sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.

Ketika mangsa berada di tandas untuk membuang air kecil, mangsa menyedari sebuah telefon sedang membuat rakaman.

Mangsa kemudian keluar mengenal pasti lelaki berkenaan. Susulan daripada itu, suspek yang berusia 19 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan yang disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan/Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan Kecil Sabah (OKKNS).

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×