berita

Remaja Lelaki Pengsan Kerana Gugup Dikelilingi 500 Pelajar Perempuan

February 8th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Kejadian yang berlaku di New Delhi, India itu terjadi ketika pelajar lelaki tersebut sedang menduduki peperiksaan di dalam sebuah institusi pengajian.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Tahan Mulut Suami Bau Bawang, Wanita Hamil Terpaksa Pakai Face Mask 2 Lapis Ketika Tidur – ‘Rasa Nak Pengsan Kat Sebelah’

Artikel Berkaitan: Alami Tekanan Darah Rendah, Chombi Jatuh Pengsan Sebelum Buat Persembahan

Bukan setakat pengsan tapi terus demam!

Gambar sekadar hiasan

Ibu saudara pelajar lelaki itu memberitahu bahawa dia terlalu gementar sehingga pengsan dan terus demam kerana dia dikelilingi seramai 500 orang pelajar perempuan yang turut menduduki peperiksaan yang sama.

Dia telah menghadiri ke pusat peperiksaan tersebut dan melihat dewan itu telah dipenuhi oleh pelajar perempuan lalu dia menjadi cemas dan tiba-tiba demam kemudian jatuh pengsan.

Menurusi sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial Twitter, pelajar lelaki itu tidak menjawab sebarang pertanyaan apabila diajukan soalan.

Warganet pula menyatakan bahawa perkara tersebut berlaku mungkin kerana kesan pengasingan gender.

Pelajar lelaki tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Sadar untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sumber: India.com

SKIP THIS AD ×