berita

Remaja Menangis Tertikam Kawan Baik Sampai Mati Masa Main Lawan Pisau

September 27th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Foto: The Thaiger

Seorang remaja berusia 17 tahun di Thailand secara tidak sengaja menikan kawan baiknya sehingga mati ketika bergurau dan bermain dengan pisau baharu yang dibeli mereka dalam satu kejadian pada 24 September lalu.

Tertikam rakan sampai mati

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan The Thaiger, sebelum kejadian, remaja tersebut yang dikenali sebagai Thanate dikatakan berlawan olok-olok bersama seorang rakannya, Ton. Tiba-tiba, pisau yang dipegang suspek tersasar dan terkena leher mangsa.

Ton yang tidak sedarkan diri telah dikejarkan ke hospital namun gagal diselamatkan ekoran kecederaan parah yang dialami mangsa.

Sementara itu, salah seorang rakan mereka memberitahu bahawa Thanate menangis dan terduduk saat melihat keadaan Ton yang tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

Susulan daripada itu, suspek telah ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Sumber: The Thaiger

SKIP THIS AD ×