
Seorang remaja perempuan didakwa disamun serta dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali semasa berjoging.
Artikel Berkaitan: Pesakit HIV Mengaku Rogol Wanita OKU, Dipenjara 10 Tahun & 5 Sebatan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mesej’ Hana Ismail Buat Mangsa Rogol Kembali Tular – ‘Kita Perlu Berdamai Dengan Diri Sendiri’
Remaja perempuan disamun dan dirogol
Memetik laporan Sinar, mangsa dilaporkan keluar berjoging bersama adik lelakinya di kawasan Palekbang, Tumpat, Kelantan.
Menurut nenek mangsa, mereka terpisah ketika berjoging kerana adik lelakinya tidak mampu menyaingi kelajuan larian kakaknya.
Dia keluar dengan adik lelaki berusia 10 tahun untuk joging, sekitar 10:00 pagi.
Dia beritahu dia penat dan tertinggal di belakang.
Bila cari kakaknya, dah tiada. Dia sangkakan kakaknya sudah pulang ke rumah.
Kemudian, mangsa dilaporkan ditemui dalam keadaan cedera di kawasan semak sekitar jam 11:00 pagi.
Mangsa segera dibawa ke hospital Raya Perempuan Zainab, Kota Bharu bagi mendapatkan rawatan susulan.
Selain itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie memaklumkan kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian