berita

Remaja Perempuan Maut Terjatuh Main ‘Fun Fair’

August 19th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Santa Barbara, California dilaporkan maut gara-gara terjatuh daripada tunggangan ekstrem di sebuah tapak pesta ria (fun-fair) pada Ahad lalu.

Maut ketika menaiki tunggangan

Difahamkan, mangsa bersama ahli keluarganya menaiki jupiter ride sebelum tergelincir secara tiba-tiba daripada tempat duduknya lalu terhempas ke bawah platform.

Walau bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik yang bergegas ke lokasi terbabit.

Menurut jurucakap polis Santa Barbara, Jesus Pineda kematiannya itu diklasifikasikan sebagai kemalangan, malah penyiasat turut memfailkan laporan terhadap pejabat pendakwa raya berhubung insiden berkenaan.

Media tempatan melaporkan terdapat beberapa kunci pada tempat duduk tunggangan itu sudah berkarat dan tidak berfungsi dengan baik.

Bukan salah pihak penganjur

Dalam pada itu, seorang wakil syarikat yang mengendalikan permainan itu memberitahu pihak media bahawa kejadian berkenaan diklasifikasikan sebagai satu kemalangan.

Gadis itu menaiki tunggangan sambil ditemani ibunya. Tetapi dia telah pengsan dan ia bukan salah kami. Kami mempunyai permit operasi.

Sementara itu, jurucakap bomba Santa Barbara, Oscar Trimino mendedahkan kawasan sekitar festival itu tidak mempunyai balai bomba yang mempunyai peranan untuk mengeluarkan permit bagi operasi tapak pesta ria.

Pejabat Datuk Bandar dinasihatkan agar meminta sokongan balai bomba berdekatan untuk menghantar peralatan bagi menjalani pemeriksaan keselamatan, mekanikal dan elektrik.

Sumber : Daily Mail

SKIP THIS AD ×