Foto: Mona Din
Seorang wanita dikenali sebagai Mona Din menerusi beberapa hantaran di laman Facebook mendakwa seorang remaja down syndrome telah menjadi mangsa penderaan sebuah pusat penjagaan non-governmental organization (NGO).
‘Anak syurga down syndrome didera’
Foto: Mona Din
Ujar wanita tersebut, remaja istimewa dikenali sebagai Bella berusia 13 tahun dipercayai didera oleh pengasuh yang berada di situ bahkan, menerusi foto-foto yang dikongsi dapat dilihat luka-luka yang terdapat pada tubuh badannya.
Penderitaan Bella berakhir apabila salah seorang penghuni di rumah tersebut disahkan positif Covid-19 dan Bella berjaya dikesan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Selepas menjalani rawatan selama 10 hari, dia akhirnya telah dikembalikan kepada Jabatan Sinar Harapan Seremban.
Anak ini adalah Bella, kawan setempat anak syurga saya Nadira dulu, tahun lepas telah diambil sebagai anak angkat
oleh khabarnya owner satu NGO, dan gambar-gambar ini adalah hasil daripada perbuatan durjana mereka terhadapnya. Penderitaan Bella akibat disiram air panas dan mungkin lain-lain kekejaman dengan parut lama dan luka-luka baru.
Apa yang lebih mengejutkan, apabila wanita ini mendakwa penasihat rumah penjagaan tersebut merupakan seorang aktivis terkenal yang disegani masyarakat.
Paling mngejutkan, rumah Penjagaan XXXXX itu agak famous, kerana sering dipublisitikan oleh seorang aktivis masyarakat yang popular dalam hal kebajikan kanak-kanak.
Respon aktivis terkenal
Foto: Mona Din
Susulan daripada itu, wanita ini nekad dan mengambil keputusan untuk menghantar pesanan menerusi aplikasi WhatsApp dan meminta penjelasan daripada tuan empunya badan berhubung apa yang telah terjadi. Ujar aktivis itu, dia meminta supaya remaja ini dibawa ke hospital setelah mendapat laporan berhubung kes penderaan itu.
Saya sendiri tidak pernah berjumpa dengannya di rumah perlindungan atau pun melawat rumah penjaga sejak bangunnya rumah perlindungan ini.
Berbicara lebih lanjut, aktivis ini mengaku dia agak terkilan dengan apa yang telah terjadi kepada remaja ini. Dimaklumkan remaja itu sebenarnya ditempatkan berasingan di rumah pengasas pusat perlindungan itu.
Mohon maaf jawapan saya panjang tapi saya tak tulis pada mana mana platfom pun mengenai kes ini kerana pada waktu kejadian, tahap kesihatan penghuni yang saya utamakan dan Bella sudah berada di hospital dengan pelapor.
Apa yang sebenarnya berlaku? Saya pun tak tahu dan harap siasatan berjalan lancar. Penderaan? penganiayaan? pengabaian? kemalangan? Semuanya kesan berbeza dan beri ruang siasatan. Tapi yang buatkan saya lega, Bella masuk ikut sistem dan prosesnya lancar.
Ujar aktivis itu lagi, pihak polis sedang menyiasat apa yang sedang berlaku dan tindakan susulan akan diambil selepas ini. Pada masa yang sama, wanita ini turut mendakwa terdapat dua kes seumpama itu yang pernah terjadi di tempat yang sama. Bagaimanapun, aktivis tersebut menjelaskan dia pernah mendengar kes itu namun, belum diteliti olehnya.
Sumber: Mona Din