berita

‘Remaja Umur 14 Tahun Belum Matang Urus Rumah Tangga’ – Profesor

September 24th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Sejak kebelakangan ini, isu perkahwinan kanak-kanak bawah umur semakin menjadi topik hangat. Ini susulan daripada kes perkahwinan seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun di Tumpat, Kelantan beberapa bulan lalu.

Artikel berkaitan: Biar Betul Kahwin Budak 11 Tahun? Isteri Ini Cerita ‘Kisahnya’

Isu ini menjadi semakin rancak diperdebatkan apabila Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar mencadangkan had umur minimun perkahwinan diturunkan kepada 14 dan 16 tahun termasuk lelaki dan perempuan. Ini respon balas Profesor Datuk Noor Aziah Awal terhadap saranan Mufti Sabah itu.

Umur 14 tahun sangat muda

Profesor Undang-Undang Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Noor Aziah Awal menegaskan remaja di bawah umur 14 tahun belum matang untuk menguruskan segala hal rumah tangga. Termasuk menjaga kebajikan keluarga dan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan menantu.

Cadangan untuk berkahwin pada umur 14 tahun ini sesuatu yang macam kebelakang. Memang ada satu, dua kes permohonan yang mana perempuan berusia bawah 15 tahun sebelum ini.

Tetapi umur 14 tahun ini sangat muda, kalau lihat data yang kami ada. Majoriti yang berkahwin bawah umur ini adalah kerana mereka pernah terlanjur, perkahwinan sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah zina.

Jika hanya berkahwin untuk sekadar tutup malu, ia hanya akan menambahkan lebih banyak masalah seperti pasangan muda ini akan bercerai dalam tempoh perkahwinan yang singkat.

Tambahnya lagi, pihak berkuasa Mahkamah Syariah perlu dilihat semula dari aspek perundangan negara dan had umur remaja berkahwin ditetapkan ke 18 tahun.

Ini kerana sekurang-kurangnya pada umur 18 tahun mereka sudah lebih matang untuk memahami konsep perkahwinan dan tanggungjawab yang perlu digalas sebagai seorang yang sudah berkahwin. Ini juga bagi mengurangkan kadar penceraian yang berlaku terutamanya dalam kalangan pasangan muda.

Sudahkah mereka bersedia?

Sementara itu, Pakar Psikologi Kanak-kanak Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Md Nor berkata remaja berkahwin dibawah umur 14 tahun belum bersedia dari segi psikologi yang akan ditempuh dalam alam perkahwinan nanti.

Pada saya umur 14 tahun itu belum bersedia dari segi psikologi untuk membawa tanggungjawab yang diletakkan di bahu mereka sebagai ibu dan isteri. Mampukah mereka untuk memenuhi kehendak suami dan keluarga pada usia itu? Bagaimana pula jika mereka akan menimang cahaya pada usia 15 tahun? Sudahkan mereka bersedia untuk menjaga bayi itu?

Semua perkara itu perlu dikaji lagi. Ibu bapa memainkan peranan besar dan perlu memantau aktiviti anak-anak mereka terutamanya pada era ini yang pesat dengan alam maya.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×