Pertama kali bakal membawa anaknya, Tuah Alam beraya di kampung, pelakon Remy Ishak memberitahu dia sudah bersedia sekiranya ramai tetamu mahu ajak bergambar dengan cahaya matanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lepas Ayah Tinggalkan Dunia Kosong Rasanya Hidup, Tapi Bila Tuah Lahir Semuanya Berubah’ – Remy Ishak
Artikel Berkaitan: Remy Ishak & Isteri Dedah Wajah Anak Buat Pertama Kali Di IG
Anak jadi tumpuan
Menurut Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, tahun ini dia dan isteri bakal membawa anaknya bertemu dengan saudara mara di kampung halaman yang terletak di Melaka.
Kalau orang nak datang dan bergambar dengan Tuah, tiada masalah. Nak buat macam mana, orang sudah kenal dia.
Perkara begini juga sudah jadi trend, cuma sebagai bapa saya kena bijak kawal keadaan. Tak apalah, nanti Tuah dapat duit raya.
Dalam pada itu, berkongsi mengenai persediaan raya, aktor berusia 41 itu bersyukur kerana isterinya, Ezza Yusof sangat bersemangat dan banyak membantu.
Isteri saya sudah sediakan semua kelengkapan hari raya. Saya baru rancang nak tengok baju raya, rupa-rupanya dia dah beli. Tak mengapa, asalkan isteri saya gembira saya pun sama gembira.
Tahun ini saya beraya di Melaka, teman emak di kampung memandangkan adik-beradik saya semuanya beraya di rumah mentua masing-masing. Keluarga Ezza pula hanya di Ampang sahaja.
Untuk rekod, Remy dan Ezza sah bergelar suami isteri pada 21 Ogos 2021 dan dikurniakan anak sulung, Tuah Alam pada 27 Julai tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Remy bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul The Experts.
Selain Remy, The Experts turut dibarisi Aaron Aziz, Maya Karin, Syafiq Kyle dan Mimi Lana.