Pelakon Datuk Remy Ishak berkongsi pengalaman berdepan dengan pelbagai ragam peminat, terutama sekali apabila mereka meminta untuk bergambar.

Artikel Berkaitan: Remy Ishak Kongsi Tip Buang Aura Negatif Dalam Diri – ‘Mandi Air Garam’

Artikel Berkaitan: Remy Ishak Komen Kenyataan DMA Islam – ‘Setiap Manusia Unik, Jangan Hentam Sebab Kita Tak Setuju Dengan Pendapat Dia’

Ragam peminat

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Mohammad Zalimei Ishak, 43, berseloroh mengatakan kebanyakan peminat yang ditemuinya pasti akan memberikan alasan berkaitan keluarga apabila ingin meminta bergambar dengannya.

‘Pak cik saya minat abang Remy, dia suruh saya ambil gambar’, ‘abang Remy, mak cik saya suka abang dia suruh ambil gambar’.

‘Abang Remy mak saya minat dengan abang Remy, dia suruh ambil gambar’. Aduh, apa benda?

Saya tak marah tapi cuma nak tanya kalian yang ambil gambar dan bagi alasan-alasan seperti itu kenapa ya? Segan ke?

Pelakon drama Nur Kasih itu meluahkan rasa hairan dan berharap orang ramai tidak lagi memberikan alasan sedemikian sekiranya ingin bergambar bersamanya.

Dalam kesempatan itu, Remy turut berseloroh bahawa jika alasan itu terus digunakan, dia tidak akan melayan permintaan untuk bergambar bersama.

Kenapa setiap kali saya keluar dan jumpa perkara-perkara seperti itu. Kenapa kalian tidak terus je cakap, ‘abang Remy saya peminat dan nak ambil gambar’.

Kenapa tidak cakap begitu, kenapa kena babitkan orang yang tiada di sekeliling? Kenapa babitkan saudara mara?

Selepas ini, sesiapa jumpa saya cakap macam itu saya sudah tidak mahu ambil gambar.

Memang saya tidak layan, kalau mereka yang minat biar mereka jumpa saya. Kalau mereka tidak jumpa saya, tiada gambar.

Sumber: TikTok