berita

Rentas Negeri Dibenarkan Pada Hari Isnin Hingga Khamis

April 19th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Pihak polis telah mengesahkan pergerakan rentas negeri yang diluluskan hanya pada hari Isnin sehingga hari Khamis sahaja bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian yang hanya melibatkan ahli keluarga yang terdekat, pendidikan, perubatan serta pasangan jarak jauh.

Rentas negeri hanya hari Isnin hingga Khamis

Sekadar gambar hiasan

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah, ianya merupakan salah satu langkah untuk mengetatkan pergerakan rentas negeri akibat daripada peningkatan kes baru COVID-19 di negara kita.

Pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian (hanya melibatkan ahli keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak dan adik-beradik sahaja), perubatan, pendidikan serta pasangan jarak jauh.

Katanya lagi, jika permohonan merentas negeri diluluskan, ianya hanya diluluskan pada hari Isnin sehingga hari Khamis sahaja dan pergerakan pada hujung minggu seperti Jumaat hingga Ahad tidak akan diluluskan.

Walau bagaimanpun, jika terdapat sebarang kecemasan pada hari hujung minggu berkenaan, ia dibenarkan bagi urusan kecemasan, kematian serta pasangan jarak jauh.

Rentas negeri untuk tujuan sosial tidak dibenarkan

Sekadar gambar hiasan

Manakala pergerakan merentas negeri untuk tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan atau mana-mana majlis serta jamuan adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Kawalan ketat ini akan berkuat kuasa sehingga selepas Aidilfitri dan jika terdapat mana-mana pihak yangingkar dengan arahan yang telah diberikan akan dikenakan tindakan tegas.

Berhubung dengan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan serta pasar malam, semua ketua polis daerah dan pastukan pemantau pematuhan SOP akan digerakkan ke semua lokasi yang berkenaan.

Sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, PDRM akan mengemukakan saranan kepada pihak berkuasa tempatan agar aktiviti perniagaan di kawasan itu dihentikan.

SKIP THIS AD ×