berita

Resah Ramadan Tanpa Air Bakal Berakhir, Penduduk Klang Dijangka Terima Air Hari Ini

May 8th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Sejak beberapa hari yang lalu, beberapa kawasan di sekitar Klang mengalami gangguan bekalan air sehingga menyukarkan aktiviti harian penduduk. Gangguan bekalan air yang berlarutan sehingga lebih 4 hari itu bagaimanapun dijangka pulih sepenuhnya hari ini. Di media sosial, netizen berkongsi foto di lokasi kejadian saluran paip pecah.

Bagaimanapun, pihak bertanggungjawab telahpun melaksanakan tugas mereka dalam usaha membaiki saluran paip yang pecah itu.

Retakan 110 meter

Retakan kira-kira 110 meter seluas padang bola itu didakwa berpunca dari pergerakan tanah. Saluran yang turut pecah termasuk paip utama berukuran 1400mm, 900mm dan 600mm akibat dari tapak projek berhampiran di mana simen, tanah dan batu runtuh terhempap ke atas paip tersebut.

Saluran paip utama ini adalah aliran air dari logi ke kawasan Klang, sebelum ianya disalurkan kepada saluran paip kecil menuju ke kawasan perumahan dan premis kedai.

Diharapkan bersabar

Bagaimanapun, menerusi Twitter Friends Of Selangor berharap agar penduduk di sekitar Klang bersabar dan memaklumkan mengenai usaha membaiki sedang dijalankan. Sementara itu, pihak berkuasa sedang giat menghantar bekalan air ke kawasan perumahan.

Akan diselesaikan sepenuhnya

Menurut laporan Selangor Kini, Dato Menteri Besar, YB Amirudin Shari berkata akan diselesaikan sepenuhnya jam 7 pagi dan sehingga malam tadi usaha membaiki sudahpun 70 peratus. Malah, dia turut meminta mana-mana pihak yang memerlukan bantuan bekalan air boleh segera hubunginya melalui laman Facebook atau Instagram.

Saya menerima maklumat daripada Air Selangor berhubung perkara itu. Kelewatan akibat pergerakan tanah yang tidak dijangka.

Saya sudah berhubung dengan pasukan di kawasan terbabit dan mereka sedang bertungkus lumus ketika ini bagi menyiapkan kerja baik pulih.

Sementara itu, Air Selangor memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Pemulihan dikawasan yang terjejas adalah berperingkat dan tempoh pemulihan bagi setiap kawasan adalah berbeza.

Kerja-kerja membaiki

Sumber: Selangor Kini, Friends of Selangor, BH Online

SKIP THIS AD ×