berita

Resepi ‘Air Tenaga’ Guna 3 Bahan Sesuai Untuk Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu. Jom Cuba!

May 8th, 2019 | by Arini Saleh
MyResipi

Bagi mengekalkan tenaga, ibu-ibu dinasihatkan agar mengambil sahur yang berkualiti untuk menjaga kesihatan sepanjang bulan Ramadan. Namun harus diingatkan ibu diberi kelonggaran sekiranya tidak dapat meneruskan puasa kerana bimbang menjejaskan kesihatan bayi.

Di Facebook, Nurasykin Ali kongsi resepi DIY air tenaga guna 3 bahan sesuai untuk ibu hamil, berpantang dan menyusu. Kandungan fiber yang tinggi akan membuatkan anda rasa bertenaga sepanjang hari. Jom cuba!

Kekalkan tenaga ibu

3 bahan mudah DIY air tenaga

Cuma guna 3 bahan je awak. Susu, kurma dan barli.

Barli tu rebus dulu tau. Biasanya 1/2 cawan barli rebus dengan 6 cawan air. Rebus sampai kembang.

Ini sukatan untuk sekali minum.

1 cawan susu
1/2 cawan air rebusan barli
5 biji kurma (buang biji dan basuh)
2 sudu barli (yang dah direbus)

Seminit dah siap!

Caranya, masukkan semua bahan tadi dalam blender.

Blend sampai puas hati

Ha, tak sampai 1 minit pon. Siap dah!

Maaf la ya kalau tertelan-telan air liur tu. Takpe, tinggal berapa jam je lagi nak buka.

Sesuai untuk ibu hamil, pantang dan menyusu

Air ni sesuai sangat untuk ibu hamil, berpantang dan menyusu tau. Rasa dia pon sedang elok manis lemaknya. Disebabkan tinggi fiber, ibu akan rasa sentiasa bertenaga sepanjang masa.

Kalau suka, boleh pergi dekat Resepi Ibu Berpantang. Dalam ni memang lubuk resepi-resepi sihat. Join lah!

Sumber : Nurasykin Ali

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×