berita

Resepi Choc Chip Cookies Bite Yang Confirm Tak Puas Makan! Jom Cuba..

March 22nd, 2019 | by Shafika
MyResipi

Tahukah korang, brownies mula dikomersialkan di Amerika Syarikat pada tahun 1897 dan sejak dari itu, kek ini telah menjadi di antara pencuci mulut kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi jika dilimpahi penuh chip dan dihidangkan bersama aiskrim vanilla. Fuh terliur!

Kali ini, seorang remaja berkongsi resepi choc chip ala-ala brownies yang mudah untuk dicuba. Sedapnya! Jom cuba..

Choc Chip sedap

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Danish’s Red Kitchen (@danish.harraz) on


Chocolate Chip Cookie Bites yang Danish buat, sesuai untuk kudapan bila-bila masa dan juga untuk disusun dalam balang kuih hari raya nanti atau boleh juga dibuat product untuk jualan. Tak perlu chill kan doh dan tak perlu di scoop atau risau cookies jadi flat atau kembang berlebihan? Sediakan adunan, layerkan dalam baking tray, bakar dalam oven dan selepas cookie sejuk, potong kiub supaya senang disusun didalam jar. Happy baking lovelies!?

SOFT CHOCOLATE CHIP COOKIE BITES
#ResipiDanishHarraz

Bahan-bahannya

2 cawan + 3 sudu besar Tepung Gandum
3/4 dari 1 buku Salted Butter, dicairkan, biarkan sedikit sejuk
1 biji Telur dan 1 Biji lagi diambil Kuningnya sahaja, Gred A
1/2 cawan Brown Sugar
1/4 cawan Gula Putih
½ suduteh Baking Soda
1/2 suduteh Garam Halus
2 suduteh Vanilla Extract
1 1/2 cawan Dark Chocolate Chips dan sedikit untuk topping (Danish guna Callebaut Callets. Boleh guna apa saja choc chips, ikut budget masing-masing ya. Tahap manis cookies juga bergantung pada jenis choc chips yg digunakan)
1/2 cawan Kekacang atau apa saja yang disukai, dicincang sedikit halus supaya cookie tidak pecah bila dipotong (optional)

Cara tambahan dan tips

Sukat bahan dengan tepat menggunakan measuring cups & spoon. Guna tray saiz 9×13 dialas dengan parchment paper. Bakar Cookie dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 35-40 minit bergantung pada jenis oven dan gunakan rak tengah. Bakar hingga sedikit keperangan dan sedikit firm dibahagian tengah dan bahagian tepi cookie start to pulling away dari bahagian tepi baking tray.

Biarkan cookie sejuk sedikit dalam tray sebelum dikeluarkan dan disejukkan sepenuhnya diatas cooling rack barulah boleh dipotong menggunakan pisau atau pizza cutter menjadi bite-size dan disimpan dalam bekas kedap udara dgn suhu bilik.

#SoftChocChipCookieBites
#KidBaker #DanishsRedKitchen

Sumber : Danish

The following two tabs change content below.