berita

Resepi Kacang Goreng Crispy & Spicy Semudah ABC, Confirm Tak Henti Mengunyah!

February 5th, 2020 | by Amirul Asraf
MyResipi

Selain kuaci, kacang merupakan kudap-kudap yang disukai ramai tidak kira kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Kalau korang nak tahu, kacang mengandungi protein, mineral dan vitamin yang baik untuk tubuh badan manusia.

Kali ini, kami nak kongsikan resepi kacang goreng crispy dan spicy yang mudah dan sedap. Confirm korang akan ketagih kunyah kacang ni!

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Kacang tanah (basuh dan keringkan dulu)
  • Telur sebiji
  • Tepung Bestari pedas

Cara-cara penyediaan

  1. Gaulkan kacang dengan telur hingga rata.
  2. Masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata.
  3. Panaskan minyak dan goreng kacang dalam minyak yang panas (api sederhana).
  4. Rajin-rajin kacau supaya masak sekata dan tidak hangus.
  5. Angkat dan toskan minyak. Wajib biarkan sejuk dahulu, dan tos minyak supaya rangup.
  6. Dah sejuk baru makan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Dah siap!

Taraaaaaaa. Untuk yang diet jangan buat! Serius ni.

Nota tambahan: Boleh tambah sedikit gula kalau nak rasa manis. Saya memang tak letak sebab nak makan masin pedas. Tepung ni dah masin ye jagan tambah garam dah.

Sumber: Zita Samat

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.