berita

Resepi Kentang Goreng Rangup Di Luar & Lembut Di dalam, Confirm Korang Suka!

May 14th, 2019 | by Amirul Asraf
MyResipi

Okay kali ni, kami nak kongsi satu resepi yang sangat diminati ramai iaitu kentang goreng! Bila cakap pasal kentang goreng ni apa yang ada dalam fikiran korang? Mesti korang teringat restoran fast food, betul tak?

Menerusi Facebook Masriza Basri, wanita ini kongsi resepi kentang goreng rangup di luar dan lembut di dalam, Confirm korang suka!

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Ubi kentang (ikut suka korang nak buat berapa banyak)
  • Tepung Bestari

Cara penyediaan

Cara pertama untuk menyediakan kentang goreng ni, korang potong ubi terlebih dahulu. Kuantiti ubi terpulang kepada korang untuk guna berapa banyak yang korang nak makan.

Kemudian rendam dan basuhkan ubi yang telah dipotong tadi.

Seterusnya guna tepung bestari dan campurkan dengan tepung beras macam kita nak buat bancuhan goreng pisang. Jangan lupa letak juga garam sikit dan lada sulah (jangan bayak sangat, nanti pedas).

Bila semua dah bersalut tepung, bolehla mula menggoreng.

Kalau nak buat frozen, goreng sekejap saja lepas tu angkat dan tos minyak dia. Biarkan sejuk dulu.

Dah sejuk boleh masukkan dalam beg zip lock dan simpan dalam peti ais.

Bila anak nak makan boleh keluarkan kejap, pastu goreng sampai kekuningan.

Tips: Ada dua option yang korang boleh guna ketika melakukan penyediaan ubi kentang ini.

Option satu :
Toskan dan gaul ngan tepung bestari yang original, nak pedas guna yang pedas, sampai semua kentang bersalut dengan tepung. Anak saya tak suka pedas.

Option dua :
Kalau tak nak guna tepung bestari boleh guna tepung gandum campur tepung beras macam kita nak buat bancuhan goreng pisang. Jangan lupa letak juga garam sikit dan lada sulah (jangan bayak sangat, nanti pedas).

Dah siap!

Korang boleh cicah dengan apa saja yang korang suka. Selamat mencuba!

Sumber: Masriza Basri

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×