berita

Resepi Kerepek Kentang Rangup Untuk Kudap-Kudapan, Confirm Tak Henti Mengunyah

February 20th, 2019 | by faris
MyResipi

Bagi mereka yang suka memakan kudap-kudapan sama ada ketika menonton TV atau pun bersantai di rumah, kerepek kebiasaannya menjadi pilihan. Bila sudah dapat kerepek di tangan, langsung tak perasan habis satu paket besar, ketagih sungguh!

Seorang pengguna Facebook, Norafyfah Yacob berkongsi resepi kerepek kentang ala Pringles yang jauh lebih murah dan berbaloi-baloi dicuba.

Bahan-bahan untuk kerepek kentang rangup


Bahan-bahan:

3 biji kentang
2 sudu makan cuka
500 ml air
Sedikir perencah Maggi kari
Sedikit perencah Pasti Sedap Knorr
Minyak untuk menggoreng

Hiris kentang nipis-nipis guna pisau pengupas buah

Untuk mendapatkan kepingan kentang yang nipis dan rangup apabila digoreng, kupaskan kentang dan kemudiannya guna pisau pengupas buah untuk mendapatkan hirisan kentang seragam.

Didihkan air dengan cuka

Didihkan air dengan cuka terlebih dahulu. Setelah mendidih, masukkan hirisan kentang, kemudian perlahankan api. Biarkan selama 3 minit.

Angkat, cuci, toskan

Kemudian, angkat dan cuci kentang yang dicelur dalam air campuran cuka tadi. Selepas itu toskan sebelum boleh digoreng.

Boleh mula menggoreng

Panaskan minyak. Hirisan kentang boleh digoreng dengan api sederhana besar. Angkat dan toskan apabila nampak kuning keemasan.

Perasakan dan sedia dinikmati!

Tabur dengan perencah Maggi kari dan perencah Pasti Sedap Knorr atau apa-apa perencah yang disukai. Boleh cuba serbuk lada hitam, ataupun perasa cheese juga.

Sumber: Norafyfah Yacob

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×