berita

Resepi Lemon Pudina Ais & Laici Asam Boi Untuk Berbuka Puasa, Kecur Air Liur!

May 6th, 2019 | by Arini Saleh
MyResipi

Jika berkunjung ke bazar ramadan, terdapat pelbagai pilihan air dari bermacam warna dan perasa ada dijual. Memang tak sah kalau tak singgah beli. Selain daripada air katira yang sentiasa menjadi pilihan di bulan puasa, lemon pudina dan laici asam boi pun boleh buat kecur air liur!

Menerusi laman Masak Apa Hari Ini (MAHN), seorang wanita kongsi resepi ais lemon pudina & ais lemon pudina laici asam boi sesuai untuk dijual di bazar. Confirm laku keras!

Ais Lemon Pudina & Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi

Assalamualaikum Selamat Tengahari. Saya nak share resepi Air Balang “Ais Lemon Pudina & Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi”. Sebelum ni saya dah pernah share tahun lepas at mahn dan sekali lagi saya share ye. Saya halalkan resepi saya ni yang tak seberapa. Sesuai untuk jual di bazar. Insyallah laku keras habis setiap hari. Yang pasti sedapp freshh, boleh ketagih bila minum tak mau dah air lain.

Sukatan untuk 1 balang air

Daun pudina RM2.00
Lemon 4 biji
Sunquick 100g
Serbuk Asam Knor 100g
Air Gula 1 liter

Cara-cara

1) Kisar 3 biji lemon dengan 2 liter air, amik air sahaja hampas buang masuk dalam bekas air. Masukkan 1 liter air gula.
2) Sunquick dan serbuk asam Knor masukkan sekali 1 liter air panas. Kacau-kacau masukkan dalam bekas air lemon tadi
3) Masukkan air batu, pati air lemon, masuk air masak agak-agak je, 1 biji hiris lemon, daun pudina. Kacau-kacau siap untuk minum

Ais lemon pudina laici asam boi (saya asingkn laici + asam bajet pack buat dalam 15-20 plastik jer)
Nak buat terus dalam balang pon boleh, janji sedap rasa laici,jangan kedekut bahan ye. Insyallah kalu sedap cust akan cari. Insyallah akan habis setiap hari.

Nota!
– Kalau nak buat banyak gandakan sahaja
– kalau nak buat banyak pastikan kena tapis banyak 2@3 kali
– Boleh simpan dalam freezer pati air lemon ni
– Boleh pelbagai kan jenis buahan tin @ fresh ikut citarasa sendiri

Al-Fatihah buat abang

Nak bungkus dalam plastik kena isi air gula 1@2 sudu

Tahun ni kami tak ada rezeki nak jual bazar. Doakan saya ada rezeki tahun akan datang ye. Selalu saya dan abang saya yang handle bazar, tapi tahun ni tak. Berkali-kali saya ajak dia suruh amik borang bazar tapi cuma dia cakap “Tak Nak” 2 perkataan tu dia cakap, dalam hati saya sedih lah jugak hehe baru ku tahu kenapa.

Allah lebih sayangkan kamu. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukannya. Al-Fatihah buat abang ku Mohammad Firdaus Bin Kamaluddin. Semoga kau tenang disana bersama bidadari syurga & Mak. Pemergian kamu nak sambut puasa, Arwah mak nak sambut raya setelah 20 tahun yang lalu. Rindu tiada penghujung. Perkara yang sama berlaku cuma berbeza. Al-Fatihah.

Salam Ramadhan kepada semua rakan-rakan dan keluarga yang mengenali saya. Maafkan segala khilaf dan salah sepanjang perkenalan kita. Semoga segala amal dan ibadah kita sepanjang Ramadhan diberkati dan di redhai oleh Allah swt.

Sumber : Nur Hanisah Kamaluddin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×