berita

Resepi Masakan Kampung Yang Bakal Buat Korang Terkenang Desa Tercinta. Confirm Bertambah Nasi!

November 21st, 2018 | by faris
MyResipi

Tidak kiralah ada kampung halaman atau tidak, masakan kampung mudah menjadi kegemaran kebanyakan kita. Maklumlah bila punya tekak Melayu, juadah ala kampung tetap menjadi idaman kalbu dan akan menjadi pilihan ketika pulang ke sana.

Tak perlu susah-susah lagi memandu berjam-jam atau mencari restoran dengan masakan kampung paling padu, kami bawakan resepi kampung untuk korang cuba.

Gulai Keledek Tumis Darat

Bukan sekadar sedap digoreng sebagai snek minum petang, keledek juga enak digulai ala kampung. Gulai keledek yang ditumis darat ini cukup sesuai disaji terutamanya untuk golongan warga emas yang rata-ratanya menggemari hidangan sebegini. Mesti bertambah-tambah dalam tak sedar.

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/gulai-keledek-tumis-darat

Masak Lemak Cili Api Daun Kesum Ubi Kayu

Masak lemak cili padi keli mungkin sudah biasa, tapi bila digandingkan dengan bahan rahsia ubi kayu ke dalamnya, memang jauh betul pergi dia. Tak adalah bosan asyik masuk ubi kentang seperti kebiasaannya kan?

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/masak-lemak-cili-api-daun-kesum-ubi-kayu

Haruan Kukus Serai

Haa, untuk mereka yang nak makan dengan sihat tapi masih citarasa kampung, ini opsyen yang boleh dicuba. Ikan haruan dipercayai dapat menyembuhkan luka-luka dalaman terutamanya untuk wanita bersalin. Ditambah pula dengan kaedah kukus, memang cukup berkhasiat dan pasti sedap dihidangkan untuk seisi keluarga.

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/haruan-kukus-serai

Singgang Ayam

Kalau cakap juadah singgang saja, mesti hanya ikan yang terbayang bukan? Apa kata tukar kepada ayam pula? Tak kurang sedapnya juga tahu. Rasa ayam yang masih juicy diadun dengan rasa masam, masin dan pedas bahan-bahan seperti lada hitam, asam gelugur dan lengkuas pasti menambat selera semua.

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/singgang-ayam

Botok-botok Talapia

Botok-botok talapia semestinya cukup rare dan jarang sekali boleh didapati di kedai makan. Tak perlu lagi bimbang kerana korang boleh cuba sendiri juadah ini di rumah. Lebih berbaloi-baloi dan boleh disesuaikan mengikut citarasa masing-masing.

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/botok-botok-talapia

SKIP THIS AD ×